TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

KENAPA SAYA SUSAH SEKALI UNTUK BERSYUKUR?





Kenapa saya susah sekali untuk bersyukur? Apakah kerana saya manusia yang tidak pernah puas? Selalu ingin memiliki lebih dari apa yang sudah dimilikinya sekarang? Selalu mendongak ke atas dan tidak pernah menundukkan kepala? Selalu melihat rumput rumah sebelah yang kelihatannya lebih hijau dan tidak pernah sekalipun ingin mencoba membuat rumput di halaman sendiri menjadi jauh lebih hijau daripada rumput rumah sebelah?


Kenapa saya susah sekali untuk bersyukur? Apakah saya tidak pernah melihat bahwa masih banyak orang yang jauh lebih menderita dari saya tetapi mereka selalu bersyukur? Mungkinkah saya sudah buta? Iya, saya buta kerana tidak melihat anak-anak jalanan yang harus bertarung dengan kekejaman dunia untuk bertahan hidup. Iya, saya buta kerana tidak melihat teman-teman yang memiliki kekurangan fizikal masih tetap  tersenyum dan bersyukur. Iya, saya buta kerana tidak melihat limpahan kasih sayang seorang ibu untuk anak-anaknya.


Kenapa saya susah sekali untuk bersyukur? Badan saya sihat, fizikal saya sempurna, saya berasal dari keluarga bahagia, saya belajar dalam kos perubatan, punya otak yang cerdas dan bijak, tapi kenapa saya masih kurang puas dengan kehidupan yang saya jalani sekarang?

Sepertinya saya tidak hanya buta, tetapi juga mati rasa.





HAKIKAT SYUKUR

Wajib mengetahui bahawa syukur kepada Allah adalah salah satu perintah Allah yang wajib atas setiap orang beriman.

Firman Allah :
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu , supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Al-Baqarah : 152)
Seseorang itu dikatakan memenuhi perintah syukur kepada Allah apabila dia memenuhi 3 perkara berikut :

1. Mengucap dengan lidah berserta hati kalimah-kalimah seperti Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atau lain-lain sepertinya.

2. Menggunakan segala nikmat pemberian Allah berupa kesihatan, harta, tenaga, wang ringgit untuk berbakti kepada Allah. Contohnya sedekah fisabilllah, membantu faqir miskin dan anak yatim, membuat gotong royong kerja-kerja kebajikan dll.

3. Menjauhkan diri dari menggunakan harta, wang ringgit dan nia'mat2 lain kepada perkara2 haram seperti berjudi, bermain saham, membazir dll yang ditegah.




Kepayahan seseorang itu untuk melakukan syukur yang dituntut ini berpunca dari :

1. Tiada Ilmu pengetahuan yang cukup dan benar.
2. Kekotoran didalam hati.
3. Gangguan nafsu dan syaitan dalam hati.

Maka wajiblah seseorang mendidik hatinya dengan zikrullah yang banyak supaya ianya dapat disucikan. Apabila hatinya suci dan bercahaya dengan cahaya zikrullah maka akan terlihat didalam hatinya betapa banyak dan besarnya Ni'mat dan Rahmat Allah kepadanya.


Setiap nafasnya yang turun naik adalah rahmat Allah.
Setiap titik air yang menghilangkan dahaganya adalah nikmat Allah.
Setiap kudratnya untuk menggerakkan kaki dan tangannya adalah nikmat Allah.
Seluruh harta dan kekayaannya adalah nikmat Allah.

Kemudian bandingkan pula dengan manusia lain yang tidak mendapat nikmat seperti itu. Cuba kita renung jauh sedikit dari tempat kita. Berapa ramai manusia menderita dan mati kelaparan.

Berapa ramai kanak-kanak di Afrika buncit perut mereka kerana hanya mendapat lumpur sebagai makanan. Berapa ramai pula yang mati dalam dahaga kerana tidak mendapat walau setitik air.
Berapa ramai pula yang mati tanpa belas kasihan di Palestin, Afghnaistan dan Iraq. Tiada tempat tinggal, tiada harta menjadi pelarian

Renungkanlah betapa kita selama ini tidak bersykur dengan apa yang diberi oleh Allah Ta'ala.


Memang manusia sangat sedikit syukurnya. Allah telah highlightkan sifat manusia ini pada banyak tempat di dalam Al-Quran.Walau telah banyak nikmat yang dikurniakan kepada mereka, manusia tetap tidak bersyukur. Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua termasuk dalam golongan yang diberikan petunjuk hidayah olehNya untuk sentiasa bersyukur dan redha atas apa yang ditentukanNya kepada kita...


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata:

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaf: 15)

2 comments:

  1. Subhanallah dr,,,u r great! Tq,entry dr buatkan saya yg bru nak blajar ni lebih bersyukur dgn ap yg sy ada,
    Tp sesungguhnya saya juga sedih bila apa yg saya capai skrg ni malah dipertikaikan olh org lain....saya da cuba yg terbaik jd berpuas hati dgn apa yg saya ada,,alhamdullillah,,

    ReplyDelete
  2. 1. Kenapa main saham ditegah sebab sekarang dah banyak saham dalam bursa Malaysia yg shariah compliant.
    2. Kanak-kanak di Afrika dekat negara mana tu sebab banyak negara kat Afrika yg tidak miskin.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST