TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

ALLAH SEDEKAT URAT LEHER KITA


Ramai orang tahu membaca Al-Quran, tetapi hanya sekumpulan kecil sahaja yang boleh membaca dengan baik (ikut tajwid), mengahayati (tadabbur) serta mempraktikkan isinya dalam kehidupan seharian.






ALLAH BERADA DI MANA?

Menganggap Allah itu di mana-mana, maka Allah itu adalah makhluk. Mahasuci Allah dari segala makhluknya.

“ Allah meliputi segala sesuatu (Fussilat:54)” 
adalah kesempurnaan, dzat, sifat,asma, dan af’al. Af’al adalah perbuatan Allah seperti dunia ini dan makhluk-makhluk, iaitu melalui kekuasaannya - Asma (nama Allah) dan sifatNya. Asma dan sifat pula adalah dari ZatNya.






KISAH NABI MUSA

Tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa:

 "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau."

Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku."

Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata:
"Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman." (Al-Araf:143)

Ketika Allah baru sahaja menunjukkan cahayanya, hancur luluh bukit Tursina sehingga Nabi Musa pun pengsan.. Ini menunjukkan Dzat Allah tidak berada di bumi ini seperti firman Allah:“Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas 'Arsy” (Thahaa:5)



ALLAH BERADA SEDEKAT URAT LEHER MANUSIA

“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?” (Al-Mulk:16)

Ada golongan yang menjadikan ayat di bawah ini sebagai hujjah untuk membuktikan Allah berada di mana-mana (tidak bertempat).

Firman Allah: "Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada" (Al-Hadid, 57:4)

Penafsiran yang sahih: "Dia bersama kamu” bukanlah bersama dengan makhluk, zat atau tempat sebagaimana menurut ulama Alhi Sunnah wal-Jamaah:

“Allah bersama dengan mereka kudrat, pendengaran, pentadbiran, kerajaan atau dengan makna kerububiyahanNya, sedangkan Dia di atas Arasy dan di atas segala makhluk-makhlukNya”

Sufiyan At-Thauri menafsirkan melalui hadith riwayat Imam Bukhari:
"Sesungguhnya diayat tersebut ialah yang bersama kita IlmuNya sebagaimana diriwayatkan (tentang ayat tersebut) dari Bukhari"

Bila timbul pertanyaan "dimanakah Allah? ", Allah menjawab "….Aku ini dekat ", kemudian jawapan meningkat sampai kepada "Aku lebih dekat dari urat leher kalian…atau dimana saja kalian menghadap disitu wujud wajah-Ku ….dan Aku ini maha meliputi segala sesuatu."

Keempat jawapan tersebut menunjukkan bahawa Allah tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi saja, akan tetapi Allah merupakan kesempurnaan wujud-Nya, seperti didalam firman Allah :

"Ingatlah bahawa sesungguhnya mereka adalah dalam keragu-raguan tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah bahwa sesungguhnya Dia maha meliputi segala sesuatu. “(QS 41:54)

Allah meliputi segala sesuatu yang bermaksud kekuasaan Allah melalui asma, sifat dan af’al (Perbuatan Allah). Sedangkan Zat Allah berada di Arasy.




Allahuakhbar!!!

3 comments:

  1. Bismillah. Alhamdulillah,sebuah artikel yang menarik dari Kak Naimah. Banyak memberi manfaat kepada yang sesiapa yang membacanya, InsyaAllah.

    Tapi, mungkin ada beberapa point yang boleh ditambah untuk membantu menambah baik artikel ini.

    Perbahasan sifat - sifat Allah adalah perbahasan kritikal yang menjadi polemik perpecahan umat Islam zaman berzaman disebabkan perbezaan pendapat daripada 2 pihak di dalam Islam. Saya tak berhajat untuk menyentuhnya, dan saya berharap tulisan ini dapat dibaca dengan berlapang dada.

    1) Pertama sekali, terjemahan beberapa ayat Al Quran ada yang sedikit berbeza daripada apa yang ditemui di Quran terjemahan dan Internet.

    Contohnya, bagi ayat 16 surah Al Qaaf, di dalam Al Quran terjemahan ia diterjemahkan sebagai

    "Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"


    dan ada beberapa ayat lain, Kak Naimah boleh semak balik nanti.


    2) Seterusnya, saya akan membawakan kata - kata Syeikh Dr Yusof Al Qaradhawi di dalam kitabnya Fushul fi al-Aqidati baina al-Salafi wa al-Khalafi (saya rujuk edisi terjemahan Aqidah Salaf & Khalaf)

    Dalam ayat (maksudnya) “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat leher”

    Berkata Ibnu Kathir rahimahullah:


    يَعْنِي مَلَائِكَته تَعَالَى أَقْرَبُ إِلَى الْإِنْسَان مِنْ حَبْل وَرِيده إِلَيْهِ وَمَنْ تَأَوَّلَهُ عَلَى الْعِلْم فَإِنَّمَا فَرَّ لِئَلَّا يَلْزَمُ حُلُولٌ أَوْ اِتِّحَادٌ وَهُمَا مَنْفِيَّانِ بِالْإِجْمَاعِ تَعَالَى اللَّهُ وَتَقَدَّسَ وَلَكِنَّ اللَّفْظ لَا يَقْتَضِيه فَإِنَّهُ لَمْ يَقُلْ وَأَنَا أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْل الْوَرِيد وَإِنَّمَا قَالَ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْل الْوَرِيد



    “Iaitu, bahawa MALAIKAT lebih dekat kepada manusia daripada urat lehernya. Jika ada orang menakwilkannya dengan ilmu, dia telah lari. Kerana, hal ini pasti menyebabkan Hulul atau Ittihad. Padahal, menurut kebesaran dan kesucian Allah, keduanya disangkal. Lafaz pun tidak menunjukkan hal itu. Allah tidak berfirman
    “Dan Aku lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,” tetapi
    “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”


    Dalam ayat, “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,” (Al Waqiah [56] – 85)

    Ibnu Katsir menafsirkan

    يعني ملائكته

    “Iaitu, dengan Malaikat – Malaikat Kami.


    (Aqidah Salaf & Khalaf, Dr Yusof Al Qaradhawi, m/s 163)


    Imam Ibnu Katsir menafsirkan dekat di dalam 2 ayat di atas dengan dekatnya para Malaikat.

    3) Saya tidak berniat untuk mengatakan bahawa penafsiran mana yang lebih tepat, ataupun manhaj ilmu mana yang lebih selamat, dan saya sama sekali tidak ingin memburukkan lagi perdebatan di antara dua pihak yang bertelagah mengenai cara penafsiran sifat – sifat Allah. Apa yang saya ingin nyatakan adalah ada terjemahan berbeza yang boleh didapati daripada Quran terjemahan bagi beberapa ayat di atas, dan yang paling penting ada penafsiran yang berbeza mengenai perbincangan di atas, antaranya oleh Imam Ibnu Katsir rahimahullah, yang mana beliau diakui antara mufassirin yang amat disegani.

    Wallahu ta’ala ‘alam.


    p.s.

    Bagi ayat 4 dalam surah Al Hadid, perkataan bersama di dalam ayat itu ditafsirkan oleh Imam Ibnu Katsir sebagai

    أَيْ رَقِيب عَلَيْكُمْ شَهِيد عَلَى أَعْمَالكُمْ حَيْثُ كُنْتُمْ وَأَيْنَمَا كُنْتُمْ

    “Iaitu, Dia mengawasi kalian, menyaksikan perbuatan kalian, bagaimanapun dan di mana pun kalian berada”


    Tapi kalau nak bahaskan pasal perkataan “Bersama” pun panjang jugak nanti. Dah macam buat satu artikel sendiri pulak. So, saya just bagi pandagan pasal perkataan “Dekat” sahaja, sesuai dengan tajuk dan perbincangan post Kak Naimah =)

    ReplyDelete
  2. Berdasarkan Al-Qur'an :

    - Allah wujud ISTAWA "beyond" Arasy.
    - Allah bukan "berada" di Langit.
    - Allah wujud tidak berdimensi (bukan sahaja tempat malah waktu).
    - Arasy Allah lah yang MEMISAHKAN "Alam Ciptaan" dan Wujud Diri Nya.
    - Allah itu Al-Qarib - Maha Dekat.
    - Arasy Allah itu juga DEKAT.
    - Seluruh Lapisan Langit dan Bumi adalah BERADA dalam Parallel Universe - wujud bertindih-tindih MELIPUTI satu sama lain NAMUN Alam yang lebih tinggi boleh melihat Alam yang lebih Rendah. Contoh Alam Jin boleh melihat Alam kita manusia; begitu juga Alam Malaikat. Mereka DEKAT dengan kita. NAMUN DEKAT lagi Allah dengan kita lebih dekat dari URAT leher kita - NAMUN Allah tetap berada di OTHER SIDE of Arasy - tiada BERDIMENSI dan BERDIRI SENDIRI - tiada DIA bersama dengan kita di Alam Berdimensi iaitu Alam yang ada TEMPAT atau RUANG juga Waktu.
    - ALLAH Muhitho - MELIPUTI segala sesuatu
    - ILMU ALLAH Wasi'a - juga MELIPUTI segala sesuatu
    - RAHMAT ALLAH juga Wasi'a - MELIPUTI seluruh alam
    - KURSI ALLAH juga Wasi'a - MELIPUTI seluruh Alam.

    Paling kena FAHAM - wujudnya 7 Lapisan Langit dan Bumi sebagai PARALLEL UNIVERSE. ALLAH wujud TIDAK di Mana-mana ALAM BERDIMENSI itu. ALLAH wujud TIDAK BERTEMPAT tidak BERWAKTU - namun ALLAH ISTAWA di "beyond" ('ALAL) ARASY.

    =====

    Sila baca "Arasy dan Wujud Allah di mana (1) "
    Sila baca "Arasy dan Wujud Allah di mana (2) "
    "Terjemahan SESAT lagi MENYESATKAN"

    cahayapalingbaik.blogspot.com

    =====

    ReplyDelete
  3. Pernah kah malaikat bercakap tentang diri malaikat dalam Al-qur'an. Siapa kah yang bercakap dalam Al-quran. Bukankah Al-quran itu ayat dari Allah s.w.t di sampaikan oleh malaikat jibrail. Allah s.w.t yang mencipta manusia dan segala nya maka tidak hairanlah kalau dia berapa dalam diri kita sendiri. Allah maha kuasa. Allah meliputi segala ciptaan nya dan malaikat adalah utusan Allah.

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST