TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

PENGORBANAN SEORANG AKU



Bagi saya, khutbah yang baik adalah khutbah yang banyak menyentuh isu-isu semasa bukannya menyentuh soal dasar dan hanya bersangkut paut untuk memuja si pemerintah. Tidak ada istilah khutbah dipolitikkan andai kita benar-benar memahami isi kandungan khutbah tersebut. Berikut adalah ringkasan isi khutbah bersempena Hari Raya Aidiladha 1432H yang sangat menarik untuk dikongsikan.

1. Sempena berada pada hari raya korban ini juga marilah kita sama-sama merenungi dan menghayati beberapa ayat daripada surah al-A’ala di mana ia antara surah yang selalu dibaca oleh nabi Muhammad SAW dalam solat hari raya. Antaranya Allah membenci mereka yang menjadikan dunia sebagai tujuan, sebaliknya mencintai mereka yang mengambil dunia sekadar keperluan atau cara meraih keredhaan-Nya.

PENYAKIT AL-WAHN (CINTAKAN DUNIA)

2. Jadual kehidupan umat Islam sendiri seperti rancangan TV iaitu pada awal kelahiran didengarkan
dengan laungan azan dan iqamat di telinga namun selepas itu hanyut dengan mengejar dunia sehingga tenggelam dalam najis maksiat sehingga bila tibanya saat kematian barulah dibacakan semula ayat-ayat al-Quran dan doa.

3. Ramai yang terlalu bimbang tentang apa yang akan dimakan oleh anak selepas kematian ibubapa berbanding apa bekalan akhirat yang bakal di bawa. Ramai ibubapa yang terlalu bimbang dengan persiapan dan hasil peperiksaan anak di sekolah dan universiti tetapi tidak menghiraukan apa yang bakal dijawab dengan soalan mungkar nakir dalam kubur dan hitungan atas neraca timbangan Allah di akhirat yang lebih dahsyat.


BUDAYA BERHUTANG

4. Pada hari ini umat Islam sanggup berhutang berhabis harta untuk mengejar kemewahan yang sementara. Dari saat di alam pengajian sehinggalah ke alam kerjaya,masyarakat Islam tidak sudah-sudah bermain dengan hutang. Kita dimaklumkan bagaimana seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi.

5. Budaya berhutang bagaikan berjangkit daripada sikap pemimpin negara yang suka menimbun hutang dengan kehidupan mewah ketika rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ini boleh kita saksikan termasuk melalui Belanjawan 2012 yang baru dibentang yang menunjukkan bagaimana hutang dalam negara yang baru ditambah sebanyak RM 45.9 billion.

6. Menurut Laporan 4 Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini. Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang pelan kukuh untuk menyelesaikannya. Ingatlah bagaimana nabi Muhammad SAW sentiasa berdoa agar dijauhi daripada bebanan dan bahaya amalan suka berhutang

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari"

7. Negara disalurkan dengan penuh amanah dan tidak hanya dikaut oleh sesetengah golongan sahaja. Kita begitu marah dan kecewa apabila melihat bukan sahaja amalan berhutang untuk bermewah dalam menguruskan harta Negara malah berdasarkan Laporan Audit Negara 2010 menunjukkan bagaimana berlakunya begitu banyak penyelewengan, pecah amanah, pembaziran yang melibatkan ratusan juta duit rakyat.

8. Ia bukan pertama kali berlaku malah berulang untuk sekian kalinya tapi akibat rakyat terus memberi mandat kepada golongan yang tidak amanah untuk mengurus Negara maka jadilah sebagaimana yang diberitahu oleh nabi iaitu harta kekayaan Negara dibahagikan seumpama harta rampasan perang yang berlegar sesama mereka sedangkan rakyat bawahan terus menanggung bebanan silih berganti. Negara kita bakal muflis bukan disebabkan subsidi yang diberi tetapi akibat penyelewengan dan pembaziran yang semakin tinggi.

9. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan orang Islam terpaksa meminta simpati gereja dan kuil untuk menyara hidup maka laporan audit membuktikan bagaimana peruntukan untuk miskin tegar tidak sampai kepada sasaran sebaliknya dinikmati oleh golongan yang sudah memiliki harta. Bila dunia menjadi matlamat hidup maka halal haram diketepi, dosa pahala tidak dihirau lagi, syurga neraka sudah tidak dipeduli.


MURTAD & HUDUD

10. Setiap kali berada pada hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan besar yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail berdasarkan kepada arahan Allah melalui mimpi. Kisah ini tidak memberi makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yang nyata iaitu al-Quran termasuk dalam melaksanakan hukum hudud yang pernah dilaksanakan di Negara kita sebelum kedatangan penjajah.

11. Nabi Ibrahim AS disuruh sembelih anak tersayang sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri ketika masalah ini semakin meruncing, bunuh orang murtad yang enggan bertaubat ketika isu ini semakin parah akibat fahaman sekulerisme yang disemai, sebat penzina ketika Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010 yang melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak di mana seramai 2,260 responden mengakui pernah berzina. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah. Setiap 3 daripada 6 remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan zina dan yang lebih mengecewakan ramai pelajar universiti yang turut terlibat sama dengan jenayah yang dahsyat ini!!

12. Alasan rakyat tidak faham sepatutnya disusuli dengan usaha memberi faham tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya termasuk Belanjawan 2012 tidak ditekan bantuan kepada pengajian agama dan program menangani masalah kerosakan akhlak. Apa yang lebih menyedihkan program hiburan yang merosakkan semakin subur termasuk lambakan filem seram yang menyuburkan amalan khurafat dan tahyul sedangkan ia merupakan antara perkara yang boleh merosakkan aqidah.

REVOLUSI KEBANGKITAN ISLAM

13. Musuh Islam sentiasa mengambil berat tentang pertukaran kepimpinan yang berlaku di Negara umat Islam agar ia bertepatan dengan citarasa mereka. Oleh itu menjadi kewajipan umat Islam menukar daripada system jahiliah kepada Islam, kegelapan kufur kepada terangnya iman. Sekiranya umat Islam tidak berani menukar sistem tersebut maka keadaan Negara hanya bertukar pemimpin yang akan meneruskan kezaliman dan penindasan. Kita doakan semoga pertukaran kepimpinan di Mesir, terbaru di Libya serta tidak ketinggalan kemenangan Parti Islam di Tunisia akan memberi sinar kepada Islam dan umatnya bukan meneruskan penderitaan seperti di Afghanistan dan Iraq sebelum ini

SEMBELIHAN CARA ISLAM

14. Sempena berada pada hari raya korban juga kita mengambil iktibar daripada tindakan kerajaan Belanda yang mengharamkan sembelihan cara Islam dan Yahudi atas alasan menyakitkan binatang. Mereka seolah menutup mata tentang kajian sainstis barat sendiri bagaimana penyembelihan dalam Islam terbukti jelas mematikan haiwan dengan cara yang mengurangkan kesakitan. Kajian saintifik diketuai oleh Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah kejutan elektrik yang digunakan di beberapa negara Barat.




15. Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado pula mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih. Dr Aisha El-Awady pula mengatakan pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya. Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Inilah keindahan Islam yang sentiasa menanamkan sifat ihsan termasuk ketika menyembelih binatang! (MASYAALLAH!!)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati."






p/s :

1. full isi khutbah (klik)

2. maaflah terus terang saya katakan, saya lebih suka solat sunat hari raya di markas-markas PAS, dan lebih suka mendengar khutbah di sana kerana isi khutbah yang disampaikan memang benar-benar menyentuh masalah dan isu semasa rakyat, sangat banyak memberi input dengan pendedahan dan penerangan masalah ummah yang bersangkut paut dengan ayat-ayat Al Quran, ayat-ayat Allah.

Al-quran sendiri sedari dari awal lagi sudah memberi hint dan warning awal untuk kita sebagai umat islam perlu cakna dan lakukan perubahan serta pengorbanan sesuai dengan ibrah peristiwa tatkala Allah menyuruh Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail AS.

3. Saya sedang berfikir dan di dalam planning untuk membawa aura kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh ke daerah saya, kampus tempat saya belajar, HUKM. Sedang mengaitkan nilai pengorbanan beliau jika mahu dibandingkan dengan kita sebagai seorang mahasiswa dan remaja.

Jika di umur 22 tahun Sultan Muhammad Al Fateh telah mengorbankan umur mudanya untuk islam, dengan menawan dan menakhluki Kota Constantinople, maka kita, termasuk saya sendiri, yang sudah menginjak usia ke 23 tahun, bagaimana pula?

Sebenarnya saya mahu menulis tentang itu. Walauapapun nantikan ceramah Ust Syaari mengenai isu ini, insyaAllah pada 15hb Nov (selasa) di surau ar razi, HUKM. Sudah lama saya impikan dan nantikan saat ini, alhamdulillah Allah beri peluang dan tercapai hajat jua untuk membawa aura pemimpin dunia no 1 ini di sini.

Saya suka poster ini dan aktiviti yang bakal diadakan. Sangat cemburu dengan mereka :)

READ MORE

SAAT KAKI & TANGAN BERBICARA, MULUT TERKUNCI RAPAT



Apakah Ilmu Tasawuf?

Ringkasnya adalah ilmu untuk mengetahui perlakuan hati sama ada perlakuan yang terpuji seperti merendah diri dan sabar mahupun perlakuan yang tercela seperti hasad dengki dan besar diri.

Faedahnya?

Boleh mengosongkan hati daripada yang lain selain Allah SWT sahaja dan diperhiasinya dengan pandangan melihat kepada Tuhan sekalian alam.

Tempat Hantarannya?

Tempat hantarannya itu ialah hati manusia yang berupa pihak perlakuan yang datang kepadanya.

Hukum pula?

Hukumnya ialah fardu ain ke atas setiap orang yang berakal dan sudah cukup umur.
Tempat pengambilan ilmu ini daripada Al-Quran yang mulia dan hadis Nabi SAW.





PENTINGKAH ILMU TASAWUF?

Ia adalah ilmu menyuci bersihkan kesemua anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji agar hati menjadi suci bersih daripada segala sifat yang tercela.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesemua anggota yang zahir itu?

Ada 7 anggota jasad :

Pertama: Mata.
Kedua: Telinga.
Ketiga: Lidah.
Keempat: Perut.
Kelima: Kemaluan (faraj).
Keenam: Kedua-dua tangan.
Ketujuh: Kedua-dua kaki.


Bagaimana pula menyucikan kesemua anggota?

"Ingatilah selalu di dalam hatimu bahawa Allah SWT telah memberikan nikmat yang begitu banyak padamu yang berupa nikmat yang besar-besar iaitu keseluruhan anggotamu yang wajib dipelihara dan mensyukurinya. Jika anda enggan dan tidak menjaganya, pasti kesemua anggota anda tersebut akan menjadi saksi ke atasmu pada hari kiamat nanti".

Sebagaimana firman Allah Subhanallahu Taala dalam surah Yasin ayat 65 :

"Pada hari ini (hari kiamat) Kami (Allah SWT) menutup mulut mereka itu (menegahnya daripada bercakap) dan berbicara dengan Kami oleh tangan mereka dan menjadi saksi oleh kaki mereka tentang apa-apa yang telah mereka kerjakan (di dalam dunia)".(Yasin ayat: 65)

Jadi, setiap anggota akan bercakap tentang kejahatan yang telah mereka lakukan di dunia dahulu.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Fussilat ayat 2 :

"Kamu tidak dapat (di dalam dunia dahulu) menutupi (menyembunyikan dirimu ketika melakukon dosa dan kejahatan daripada menjadi saksi atas kamu oleh pendengaran telinga, penglihatan mata dan kulit-kulitmu terhadapmu".

Ketegasan ayat resebut mengingatkan kita bahawa manusia tidak dapat menyembunyikan dan menutup diri daripada saksi-saksi tersebut kecuali meninggalkan terus segala kejahatan itu.

Kenapa?

Kerana kesemuanya itu tidak akan bercerai dan berpisah daripada manusia pada setiap masa dan tempat selagi nyawa dikandung badan. Malaikat Raqib dan Atid 25 jam sentiasa berada di sisi, kiri dan kanan untuk mengawasi dan mencatat segala amalan kita.

Buktinya?

Sebahagian ulama' menjelaskan bahawa di antara malaikat ada yang bernama Raqib dan ‘Atid berdasarkan firman Allah SWT :

“Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf : 18)



KEIMANAN YANG KUAT


Dengan beriman dan percaya kepada Allah seseorang hamba mampu untuk istiqamah dalam usaha menyucikan jiwa (tazkiyatun nafs) dan kesemua anggota.

Sebagai contoh?

Seperti yang termaktub dalam rukun iman kedua : Beriman, percaya dan yakin akan kewujudan di sisi kita ada penjaga kiri dan kanan.

Padanya sentiasa berbekalkan buku dan qalam untuk menulis setiap tingkah laku kita. Perbuatan baik akan dinukilkan dalam buku “KANAN” manakala amalan jahat dicatat dengan sempurna dalam buku “KIRI”. Masing-masing adalah Malaikat Raqib dan Atid.

Cuma kita tidak sedar tentang keberadaan mereka di sisi kita setiap saat dan ketika. Inilah perkara ghaib , kita kena yakini dan percaya. Sebab ini bukti iman kita. Percaya kepada tentera Allah yakni “MALAIKAT”

Keimanan ini bukanlah kepercayaan kosong mahupun taqlid buta. Malah Allah telah berjanji setiap satu kebajikan ditulis dengan sepuluh ganda kebajikan manakala satu kejahatan ditulis dengan satu kejahatan sahaja.

Firman Allah SWT :

“Barangsiapa membawa amal yang baik, Maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat Maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)”. (Al-An’am: 160)



p/s : hanya sedikit perkongsian tentang ilmu tasawwuf yang saya baca. Maaf jika tak berapa menarik. Tak dapat menghayati penulisan sangat dek ketidakcukupan tidur selama 2 jam semalam. :(

READ MORE

CONTENGAN DI JALANAN



Khas buat diri dan sahabat yang disayangi,

Terasa begitu berat kaki ini melangkah kerana setiap hari dosa semakin bertambah. Namun Allah SWT tidak pernah membebani hamba-hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaan. Oleh itu Dia telah berjanji bahawa :

"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’ [Al-Baqarah:160]

Serulah asma’ Nya yang terkandung nama-namaNya bagi menenangkan jiwa yang lara, serulah At-Tawwab itu, Al-Ghaffar, Ar-Rahman kerana telah dijanjikan olehNya.

’... Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.’ [Ar-Rad:28] 

Agama itu sebuah pencarian wahai sahabatku.

Tidaklah Allah mengurniakan hidayahNya kepada mereka yang tidak berusaha. Walhal Rasulullah SAW yang dicintai, kekasihNya jua pergi beruzlah di gua Hira’ sebelum menjadi seorang Rasul. Baginda bermunajat, beribadah dan berdoa. Baginda mengkaji dan mendalami erti kehidupan sambil merenung keindahan ciptaanNya untuk memahami kerosakan dan kehancuran masyarakat arab jahiliah ketika itu.

Peristiwa Hijrah sendiri menekankan syariatullah dan sunnatullah bukan semata-mata mengharapkan bantuanNya kerana usaha itu sebahagian daripada tawakal. Oleh itu, ayuh sahabat kita perkukuhkanlah keinginan dihati, kuatkanlah munajat di malam harimu. Berdoalah agar Allah melindungimu di setiap langkah hidup kita hingga akhirnya bisa bertemu dengan pemilik mutlak seluruh semesta.






KEIZZAHAN ILMU

Ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Setiap perkara memerlukan ilmu agar diri dapat beramal dengannya dan ilmu itu mestilah ilmu yang bersumberkan Quran dan Sunnah. Seorang doktor yang berilmu namun tidak beramal dengan ilmunya pasti akhirnya akan lupa dan tidak dapat lagi untuk mengubati pesakitnya, kerana luasnya dan banyaknya ilmu seorang yang bernama doktor itu apatah lagi seorang muslim seperti Hadis Rasulullah SAW :


“Kebijaksanaan itu barang hilang kepunyaan orang beriman. Di mana saja ia menemuinya, dialah yang lebih berhak ke atasnya.”

Justeru, marilah kita tambahkan ilmu di dada agar kita faham apa yang dilakukan yang seterusnya akan menimbulkan bibit-bibit kemahuan untuk melaksanakannya. Diharapkan akhirnya kita akan berjaya menyampaikan kepada manusia sejagat.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." [Al-Imran:104]

Jadikanlah masa silam, dosa-dosa dan kesilapan lalu sebagai pendorong diri untuk semakin dekat kepadaNya. Tiada manusia di dunia yang tidak berbuat salah melainkan Nabi dan Rasul pilihanNya. Kita tiada bezanya, tiada guna riak dan ujub itu kerana suatu masa nanti semua pasti akan dibuka.

"Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri.." [Al-Qiyamah:14]

dan ketika itu

"Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan." [Al-Qasas:84]
"Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya" [Al-Furqan:58]

READ MORE

DOKTOR DUNIA AKHIRAT : SEIMBANG atau SINERGI?





Sedih bila memikirkan benarkah kita belajar dan berusaha untuk mengenal Allah swt?
Benarkah pergantungan kita hanya pada Allah swt semata-mata?
Mampukah kita bertawadhuk dan berhubung erat dengan Allah swt setiap masa?
Atau belajar dan berpenat lelah untuk dunia tetapi di akhirat tiada nilai langsung di sisi Allah?
Bolehkah kita dapat memegang dua-duanya, dunia dan akhirat dengan apa yang kita buat sekarang ini?
Atau dapat dunia sahaja tetapi akhirat tercicir?
Ataupun kita tidak dapat kedua-duanya sekali?



Bagi pelajar perubatan, kita sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kita membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kita sudah sampai di sini!

Namun, yang paling utama adalah akhlak kita, ia menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Untuk itu, selagi mana penggantungan kita hanyalah kepada Allah SEMATA-MATA, kita akan sentiasa diredhai oleh Allah SWT .

"Pastikan diri kita menjadi pengamal perubatan yang TAWADHUK dan sentiasa
berHUBUNG ERAT DENGAN RAB di dalam setiap perkara yang kita lakukan.."

Apapun kesulitan, masalah dan ksempitan di dalam mengharungi perjuangan menuntut ilmu, itu akan mnyedarkan kita betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekaligus menyedarkn diri akan keagungan dan kekuasaan ALLAH.

''Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu, mereka akan berkata : Sesungguhnya kami kepunyaan Allah SWT dan kepadaNyalah kami kembali.''

READ MORE

TAK SALAH SEBENARNYA PUN, TAPI....


Mata kita sering kesakitan. Cuma kita sedar atau tidak. Atau sudah ter"immune", sudah terbiasa.

Sakit yang bagaimana?

Sakit dengan pemandangan mereka yang sedang bermain di padang bola mahupun di gelanggang sukan.

Kenapa pula?

Cuba tengok pemakaian mereka. Pergaulan mereka. Waktu bermain mereka sehingga mengabaikan solat. Sesetengah mereka suka memakai pakaian yang pendek-pendek dan ketat. Ada pula yang bermain campur lelaki perempuan. Malah selagi langit tidak gelap, selagi itulah mereka bermain tanpa menghiraukan waktu untuk menyembah Allah.

Tapi, salahkah?





ISLAM ITU TIDAK CEREWET!

Ingin ditegaskan bahawa Islam membenarkan apa-apa yang baik dan bermanfaat kepada manusia. Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat.

Dalam Hadith, Rasulullah SAW, memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” 

Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan adabnya dengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut :

“Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisnya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang sebati dengan pergaduhan dan perperangan, sukan seperti angkat berat, memanah dan bela diri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara dan berpindah-randah".



BAGAIMANA ISLAM MEMANDANG SUKAN?

Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati :

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) 

Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya.




KESAN SUKAN KEPADA BADAN 

Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan :

"Pergerakan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabi'i. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan".




ADAB BERSUKAN DALAM ISLAM

Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah SWT berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.

Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. 

Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah SAW yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda :

“Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).”
Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.

Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawab layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda :

“Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”


PANDUAN UNTUK MUSLIM BERSUKAN :

1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.

2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.

3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.

4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.

5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.

6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.

7-Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Di dalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.




KESIMPULAN

Ingatlah bahawa Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan . Tugasnya termasuk seperti firman Allah SWT :

"Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah’.

Khas untuk diri dan sahabat :

Dalam Islam "Matlamat tidak menghalalkan cara",  "al ghayah la tubarrirul wasilah". Matlamat yang baik iaitu untuk menjaga kesihatan badan tidak harus dicemari dengan cara atau pendekatan yang bercanggah dengan syariat Islam.

"Kita tidak mahu usaha menyihatkan badan melalui aktiviti sukan tidak di kira sebagai ibadah oleh Allah SWT dan ia menjadi sia-sia sahaja. Aktiviti sukan yang membenarkan pencampuran lelaki dan wanita secara bebas boleh membawa kepada kemudaratan jiwa, akal dan emosi. Akhirnya ia boleh membawa kepada perbuatan sumbang dan merosakkan akhlak mereka yang terlibat. Bila sudah terbiasa, mudah terbabas. Ingatlah!"

Oleh itu adalah sesuai dengan syariat Islam sekiranya tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita di asingkan agar perkara yang tidak baik dapat dielakkan. Kita harus pasakkan dalam diri kita rasa malu.

Apabila rasa malu hilang daripada diri kita maka akan musnah benteng yang dapat menghalang kita daripada melakukan perkara-perkara lain yang lebih dahsyat lagi sehinggakan mencemar kesucian diri.

Naudzubillahiminzalik.

READ MORE

MENGELAMUN JAUH : MILIK SIAPA DIRI INI?


Rasa lemah!
Terasa diri banyak kekurangan!
Buat semua benda serba tidak kena!

Sungguh..amat merimaskan malah menyesakkan dada.

Rasa itu lahir secara fitrah kerana kita ini hamba. Ya..kita ini hanya seorang hamba, hamba kepada Tuan empunya yang Maha Besar. Rasa kehambaan tersebut mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Tatkala kita lemah kita mula mencari Tuhan.

“Oh, Tuhan di manakah Engkau? Tahukah Engkau akan keadaan aku sekarang ini? Sungguh aku tidak terdaya lagi Tuhan”

Maka timbul pergantungan kepada yang Maha Kuat.

Bila kita susah timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha Kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.




MILIK SIAPA DIRI INI?

Rasa bertuhan ini bak kata Mat Saleh “sense of belonging” atau rasa dipunyai oleh Allah sangat penting kalau nak teruskan kehidupan. Bila kita rasa tidak bertuhan seolah-olah “celakalah kita!” mana mungkin kita tercipta tanpa pencipta!?

Jika rasa kehambaan itu menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.

Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.

Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW tatkala mententeramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang.




TATKALA JIWA TIDAK TENANG

Jika jiwa kita tidak tenang, tidak tenteram dan sentiasa gelisah kita mula sibuk mencari kawan atau buah hati untuk menenangkan diri. Tetapi tahukah bahawa Allah telah terlebih dahulu menenangkan diri kita :

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya :

"Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.

Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." - Surah Al-Baqarah ayat 45

READ MORE

GUNAKAN ISLAM UNTUK KEPUASAN NAFSU POLITIK?



Acapkali kita melihat dan membaca tulisan dan komen tentang kewajaran sesebuah parti,persatuan atau organisasi yang meletakkan agama Islam sebagai matlamat perjuangan dan menggunakan pentas politik sebagai wadah atau wasilah perjuangan. Sama ada di dalam atau di luar kampus, seorang insan biasa pasti keliru jika tiada ilmu, kefahaman dan penerangan yang mendalam mengenai isu popular ini.

"Bila agenda untuk memenangi politik diutamakan, agama dijadikan pertaruhan, maka para pemimpin pelajar tertentu dan orang yang bersekongkol dengan mereka akan mula membina kerangka kononnya agamalah sebagai wadah perjuangan. Maka diasakkan wadah perjuangan sebagai senjata mengawal pemikiran pelajar lain. Ditakut-takutkan pelajar tentang pembalasan Allah jika ada yang tidak bersama dalam perjuangan politik mereka. Pelajar tidak lagi dapat membezakan apa itu Islam yang sebenar dan Islam yang dipolitikan. Bagi mengukuhkan kumpulan politik mereka, dibentuknya rasa bersama dengan berbagai slogan dan cogankata. Ditekan bertalu-talu pemikiran pelajar sehingga tiada lagi kemampuan untuk pelajar berfikir. Akhirnya usaha mereka berjaya."

Benarkah dakyah ini?
Apakah kebenaran di sebalik semua ini?
Mana satu yang betul? Puak A atau B?
Politik negara tidak jauh berbeza dengan politik kampus, tetapi adakah mahasiswa mandul untuk memandu perjuangannya sendiri dan terbawa-bawa politik luar kampus ke dalam kampus?

Bagi pihak penulis, pendapat dan pandangan yang bakal diluahkan bukanlah bersifat 100% terjamin ketepatan hujahnya. Ketepikan soal memilih ideologi atau parti mana, itu perkara yang berasingan. Ketepikan juga siapa diri penulis, itu juga perkara yang sangat berbeza. Kita perlu menyahut dan menghormati kebebasan bersuara dan berhujah secara ilmiah selagi mana tidak bercanggah dengan syarak.

Jika dahulu, penulis yang masih mentah menulis dengan berani memberi pandangan walaupun hujah dan idea tampak tidak sebombastik pemikir politik. "GMUKM : politik berdakwah" (klik) adalah penulisan yang membincangkan isu :

1. Sejauh mana slogan kebenaran mengatakan GMUKM menggunakan politik untuk berdakwah?
2. Bertanding pilihanraya kampus dan memenangi kerusi, mendapat kuasa adakah itu dakwah?
3. Mengapa politik berdakwah?
4. DAKWAH BERPOLITIK atau POLITIK BERDAKWAH?

Jadi, untuk penulisan kali ini hanya menyentuh sedikit secara dasar dan sudah tentu berbeza dari segi pembawaan. Kerana jika dahulu menulis ketika zaman sebagai oposisi, alhamdulillah "Kun fayukun" Allah telah takdirkan kemenangan GMUKM dan penulis berbicara mengikut waqi' semasa.

Masih lagi kemas terpasak di dalam minda penulis :

"Soal memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi penulisan ilmiah di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, kita juga perlu peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan! Malah keamanan tidak sesekali berkompromi dengan kebatilan. Ya! Islam itu agama kedamaian dan kesatuan, tetapi bukan atas nama kesatuan itu, perkara batil kita diamkan!"





SIAPA SEBENARNYA YANG BETUL?

"Aspirasi takde matlamat perjuangan sebenar yang jitu. Tak reti berdikari. Macam lembu disorong, kalo pentadbiran suh jadi calon, jadilah meraka calon. Dah le takde kualiti, cakap pun tergagap. Lepas tu suka tiru GMUKM. Kalo orang buat blog, fb, perarakan, banner, baju, logo, badge, macam-macamlah...sumenye nak tiru. Takde idealisma langsung."

"GMUKM bajet alim, budak suraulah konon. Cakap lebat siap ngan ayat Al-Quran tapi juara fitnah, suke kondem orang, kutuk sana sini. Ngan pentadbiran kurang ajar, hormat ngan orang tua pun takde. Taksub, assobiyah, jumud, sana haram sini haram, kejenye demo je. Wat program, aktiviti, debat, pidato untuk puak dia je. Suka syok sendirilah tu. Dah ler takde non-muslim langsung."

Benarkah hentaman dan komen ini?
Kelemahan-kelamahan yang betul atau tidak?
Meminjam kata-kata tidak berilmiah dan tidak sopan seorang ahli akademik UKM "Siapa sebenarnya yang BEBAL berpolitik"?


Fist time buat banner : budaya suka tiru keje orang?


Kreatif, attractive, menarik, jimat, humble, lebih mendekati  dan disukai oleh golongan atas pagar?




SIAPA GMUKM DULU DAN KINI?

1. Jika dahulu GMUKM (lebih dikenali Islam Penyelamat Ummah, IPU) sebagai contoh mengharamkan tepuk tangan dalam program, namun kini GMUKM ber"ijtihad" perkara yang berbeza.

2. Jika dahulu GMUKM berdemo hanya kerana tarian wanita dna konsert hiburan, namun kini GMUKM seolah-olah terlepas pandang dan menghalalkan konsert di programnya sendiri seperti pesta konvokesyen baru-baru ini.

Ini adalah antara isu mahu pun contoh jelas yang boleh diambil. Apa yang perlu dijawab? Adakah penulis mahu "back up" atau mengalih isu bagi menutup kelemahan, kelompangan dan keburukan GMUKM?

Soalnya, adakah ini isu? Benarkah perkara ini adalah antara kelemahan, kelompangan dan keburukan GMUKM yang perlu diakui dan diperbaiki?

Penulis bukanlah mahasiswa pemerhati yang "hidup" di zaman kegemilangan, kejatuhan dan kebangkitan. Tidak begitu arif dengan telahan perubahan fasa perjuangan mahasiswa walaupun bernafas di UKM dalam fasa kejatuhan dan kebangkitan GMUKM. Masakan tidak.

Terlalu banyak persoalan isu yang perlu dirungkai, difahami dan dianalisa kerana masa yang memberi kelainan kepada kaedah pembawaan GMUKM dalam merentas zaman tumbesarannya. Tidak cerdik membaca "permainan" dan agenda politik bukanlah asbab asas untuk tidak membicaranya. Walaupun keterbatasan masa, fakta, hujah dan ilmu mahasiswa perlu mendepaninya dengan kesedaran yang tinggi iaitu di atas paksi kebenaran, keadilan sejagat dan juga kebebasan akademik. 



"IJTIHAD" YANG PERLU DIFAHAMI

Tidak dapat tidak, istilah-istilah Arab seperti assobiyah, ijtihad, syura, tahaluf siyasi, biah solehah dan sebagainya perlu difahami dan dihadam sebaiknya dalam konteks perjuangan mahasiswa mahu pun aplikasinya dalam politik kampus. Definisi, konsep, keperluan, kepentingan dan mekanisma ijtihad sebagai contoh, sangat penting untuk dirobek pemahamannya bukan hanya digunakan tatkala berhujah demi mematahkan hujah yang seteru dengannya.

Perlu diteliti, arus perkembangan modenisasi manusia sedikit sebanyak memainkan peranan penting dalam pembawaan sesuatu pemerintahan dalam kerangka zaman politiknya. Ijtihad politik secara kolektif yang mana
membuat keputusan dengan mengeluarkan sesuatu hukum berlandaskan asas kefahaman mengikut penilaian kiasan berteraskan al-Quran dan sunnah, dilakukan secara berkumpulan bukannya seorang dua.

Mungkin ya, kita tidak berada di zaman awal kegemilangan GMUKM bahkan kita tidak fasih apa yang berlaku ketika itu. Tetapi kita terima dan sedar bahawa hakikatnya zaman sudah berubah. Dahulunya, islam  diterima dan biah solehahnya (suasana yang baik dan diredhai Allah) lebih terjaga. Walhal dunia islam sekarang telah menjadi cacamarba dengan kedahsyatan ideologi dan serangan barat yang tidak putus derasnya, telah merosakkan pemahaman dan penghayatan islam dalam diri penganutnya.

Tepuk tangan menjadi isu popular satu masa dahulu mungkin kerana perbuatan tersebut tidak mendatangkan faedah yang banyak, hanya suka-suka, berhibur dan melalaikan daripada mengingati Allah. Mungkin pula kini para ustaz mahu pun penceramah meringankan penegasan atau pun membolehkan tepuk tangan sebagai pendekatan yang lebih mudah untuk memenangi jiwa para mad'u. Mungkin ya dan mungkin tidak.

GMUKM, semua orang tahu dan maklum bahawa parti ini baru berusia setahun jagung dalam arena politiknya sebagai kuasa tertinggi pemegang tampuk pemerintahan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM).  Satu kejutan beruk bagi pihak Aspirasi dan pentadbir UKM yang tidak senang melihat kegigihan GMUKM merealisasikan islamik pesta konvokesyen tatkala ada kebocoran pengawalan dan jarum maksiat yang tertusuk di "Konsert Selamba Je" Pesta Konvokesyen yang ditaja penuh oleh Muzik.fm.

ISIUKM dalam blognya telah memberi fakta "tunjuk sebab" (klik) tetapi isu lekeh ini terus diangkat dan dijulang setinggi-tingginya dalam propaganda memburuk-burukkan PMUKM. Revolusi syiar islam yang ingin ditegakkan oleh GMUKM adalah perubahan yang berperingkat, tidak secara total atau pun mengejut. Mereka telah membuktikannya dengan sedaya upaya cuba mengekang dan meminimakan zon kebebasan percampuran lelaki dan perempuan, itu pun masih dipertikaikan.

Perjuangan mereka di ketawakan! Dilempar dengan tuduhan bahawa bagi GMUKM islam itu seolah-olah alat kepuasan nafsu serakah politik mereka! Soalnya, bernafsukah batang tubuh budak-budak GMUKM untuk memegang jawatan dan merampas kuasa? Apa yang mereka dapat? Apa yang menyebabkan mereka ghairah dan teruja mengejar pangkat? Apakah setelah menang besar pilihanraya kampus mereka ini gila melobi duit dan nama? Menjaja kesenangan dan mempermainkan amanah yang Allah beri?

Penulis tidak berhajat untuk melebarkan jawapannya, asbabnya penulis percaya para pembaca dan mahasiswa sudah melihat sejauh mana GMUKM berusaha keras membawa idealisma perjuangannya, keinteletualan serta kebajikan mahasiwa bukan setakat di daerah kampus UKM sahaja malah di mata masyarakat dengan keberanian berhujah isu negara yang lebih besar. Pembaca boleh sahaja meredah blog PMUKM di sini untuk menghentam gerak kerja dan kerterlibatan melangsaikan manifesto dan amanah mereka.

Mahasiswa juga boleh menilai sendiri dan meratah sosok tubuh pemimpin GMUKM dan PMUKM, adakah mereka meletakkan islam di kepala lutut atau di kaki? Adakah islam seperti bola yang boleh disepakterajang ke dalam jaring gol politik mereka?



Cabaran besar bagi ketua pasukan PMUKM untuk mengepalai nakhoda sebuah pelayaran serta mencabar tradisi alam sekaligus mencabar si pentadbir UKM yang tidak sebulu dengan mereka dan bersikap pilih kasih. Perlu diketahui, mereka ini adalah insan biasa sama seperti pembaca, sama seperti kita yang impikan islam untuk dihayati dan dipraktiskan semula di dalam segenap perkara. Kita sudah bosan dengan "istilah agama dipolitikkan" dan "gila kuasa". Gelaran BEBAL  berpolitik yang sedap mereka canangkan langsnng tidak relevan, padahal siapa sebenarnya yang BEBAL? Mereka ada kuasa sejak dulu sampai sekarang, mengapa tiada langkah untuk ke arah itu?

Mengapa sukar sekali untuk memahami ISLAM FOR ALL? Kita amalkan budaya islam di dalam setiap sudut kehidupan, kerana islam bersifat syumuliah, terbuka dan sesuai untuk setiap bangsa. Jika sekarang ini, barat sudah menerima dan sedang mempraktiskan formula islam yang telah dikaji untuk membendung kerosakan dan gejala maksiat di negaranya, maka kita?

Sungguh memalukan, kita, baik dari segi pemerintah sehinggalah rakyat marhaen secara perlahan-lahan dan tidak sedar sedang menolak hukum Allah dan budaya islam jauh daripada fitrah insani. Kita tidka berusaha ke arah itu, malah menjauhinya. Jika ada, kita mencampuradukkan yang halal dengan yang haram.

Untuk pesanan kepada diri sendiri, mantapkan ilmu, perkasakan pemahaman. Jangan jadi orang jahil agama :
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang jahil yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”(HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah)



p/s : salah satu ilmu terpenting yang dibawa dan sedang dihadam daripada program tarbiyyah Ijtima' Tarbawi, iaitu IJTIHAD.

READ MORE

KENAPA AKU YANG KAU PILIH??



“Tidakkkkkk!!!!! Mana boleh jadi macam ni? Aku dah usaha sungguh-sungguh. Kenapa aku!?”

Itulah kita.

Ujian hebat bila terkena di batang hidung sendiri baru diri terngadah. Selama ini gembira bukan kepalang berseronok dengan kawan-kawan. Bila diuji sedikit terus melatah.

Mana mungkin kita boleh mengelak daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah.

Ada satu ungkapan yang terkenal : We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.



HATI KITA BAGAIMANA?

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik terutamanya bila diuji hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah, yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurahNya.

Dalam apa jua takdir yang ditimpakanNya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah. Ingatlah Allah sudah berpesan bahawa :

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah berkata :

"barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdirNya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."




SELALU GAGAL PULA BAGAIMANA?

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta.
Siapa tidak inginkan kejayaan, malah kita dituntut mencari ilmu.
Siapa tidak inginkan kebahagiaan, malah kita dituntut mencari isteri solehah.

Allah SWT sendiri meminta kita selalu berusaha seperti yang difirmankanNya dalam surah Ar-Ra’d , ayat 11 :

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”.

Namun jika kita setelah berusaha sedaya upaya, masih juga tidak ketemu apa yang diinginkan, bersangka baiklah dengan Tuhan mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan.




SEMANGAT! SEMANGAT! SEMANGAT!

Contoh lain pula. Jika kita cantik kita gunakan ke arah kebaikan.

Tidak cantik? Berkulit gelap? Berbadan besar?

Kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stress dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini :

"Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allahlah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa.

Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"






READ MORE

INIKAH UKHWAH YANG KAU KATAKAN?!




"Kenapa semua orang seperti menyalahkan aku? Adakah aku tidak menjalankan amanah sebaiknya?"
"Kenapa sahabat-sahabat seperti menyisihkan aku, bermasam muka dengan aku?

Katanya sahabat seperjuangan, katanya sahabat sejemaah, katanya bergerak kerja kerana dakwah, kerana islam, ukhwahfillah abadan abada, ke mana pergi itu semua?

Mengapa pula harus ada hati yang disakiti? Perlukah ada sakit hati, amik hati, pedih hati, terasa hati, sedih hati, makan hati dan bermacam lagi penyakit hati di dalam gerak kerja dakwah?


Apakah ini takdir? Apakah ini yang dikatakan hikmah?


*******************

Artikel ini teristimewa buat si hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – ujian yang menjadi didikan langsung daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"



SUKARKAH KEHIDUPAN INI?

Hidup ini memang susah. Sebab dalam hidup ada ujian, ada masalah. Tapi jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan?

Maka dengan bentuk ujian inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji. Firman Allah :

"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)

Nak pendekkan kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkanNya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) ada berkata tentang hikmah ujian :

"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.




MUHASABAH DIRI

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

InsyaAllah, dengan zikrullah hati kita akan lapang dan tenang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah, sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.

Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya.

Rupa-rupanya yang dicari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

Seorang murabbi mengingatkan mutarabbinya dengan mengatakan :"Peliharalah keteguhan hatimu, kerana ia bentengmu yang sesungguhnya, barangsiapa yang memperkukuhkan bentengnya nescaya ia tidak akan goyah oleh badai walau sekencang mana pun dan ini menjadi pengamanmu".




p/s : sabarlah adik2, sabarlah sahabat2..ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita, manusia hanyalah sebagai pengantaraan. Ketemulah hikmahnya, pasti kau kan bahagia.

READ MORE

APABILA MEMINATI SESEORANG



"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh...Zatel. Hehehe....takdelah. Teringat sesuatu je" Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.

Entahlah. Sejak semenjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun terasa gatal menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.

"Hemmm......Aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya" Luah hatiku dengan nada yang lemah.

"Kau kenapa? Cuba kau cer citer ckit bagi aku paham. Ade masalah hati ehhh?"

"Ish kau ni! Cepat saje menekanya. Entahlah Zatel...Aku rase aku macam dah minat somebody. Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye"

"Aiwahhh....Ustazah Rahmah dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini, Zatel?"

"Adusssss.........soal hati ini aku payah ckit nak jawab. Bukan ape, aku takde pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi..tafaddhol masykura ya ukhti.".

"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak naklah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadahku. Aku nak ia suci supaya ade keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"



************************

Dilema?

Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul

ATAU

Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai

ATAU

Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting



**********************


Apa pilihannya? Keliru?

Bersyuralah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.

Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walauapapun pilihannya ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.


Apa yang penting?

Kesucian jiwa. "Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)

Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.

Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.

Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.


***********************

Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai

READ MORE

"SAYA TERUJA" KAHWIN MUDA


"Apabila aku berhadapan dengan soal jodoh, aku terkasima seketika. Otakku berfikir, semuanya aturan Allah SWT, aku yakin suatu masa jodohku akan tiba. Dengan siapa, bila, di mana dan bagaimana itu aku tak tahu. Pengetahuan manusia memang terbatas, manusia tak boleh menjangkakan apa yang berlaku selepas ini, esok dan seterusnya" - huffaz.


Iman : Jom kahwin awal nak?
Akal : Eh, kenapa pulak tibe-tibe? Kan kite tengah study lagi?
Nafsu : Yelah...apelah! Study tak abes lagi, dah gatal nak kahwin.

********

Iman : Abes tu..kau gatal couple dengan dia boleh? Siang malam bersayang-sayang, tak dan kalau tak message, tak jumpa sehari.

Akal : heeeeeeeee.......ala..biasalah ghindu. Hehe..

Nafsu : Eleh...Kolot lah kau. Jumud! Otak sempit kau tahu tak? Biasalah orang couple, mestilah message tiap-tiap jam, dating tiap-tiap hari, kalo tak buat macam tu, nanti orang kate kau tu tak up to date, tak laku, tak cun..kau sanggup ke orang mengate diri kau?

*********

Iman : Kau ni couple ngan dia sebab sayang ke? atau tak sanggup nak dengar orang mengata kau? Cinta zaman moden skang hanyalah budaya dan ikut-ikutan. Sorang nak couple, yang lain pun nak couple. Seolah-olah satu kempen "Mari bercouple!" Kenapa kita tak terbalikkan je? Jadikan kempen "Mari kahwin muda"?

Akal : Opsss...! Hehe...Mula-mula memang ler aku kesian kat dia, nanti kalo aku tolak cinta dia, tak sampai hati plak nak lukakan hati dia. Lagipun dia encem, macho, ade duit, kete pun ade...senang nak gi mane-mane. Best-best! Emmm...Kahwin muda eh. Segan la..pakwe aku nak ke? Aku pun macam tak sedia lagi.

Nafsu : Yang kau loghat apesal, bia lah. Tengok tu, dulu malas blaja, skang..pergh!! Tiap-tiap hari pegi library. Dulu result takat paras hidung, nyawa-nyawa ikan, skang plak, apemacam? Hebat wohhh!! Student tip top, anugerah dekan setiap semester. Woi bro! Kahwin muda kau ingat senang ke? Kaya mak bapak kau.


*************

Iman : Kita kene beringat selalu, setan pernah bersumpah dengan Allah yang dia akan sesatkan anak Nabi Adam supaya dapat temankan dia di neraka. kau nak ke? Setan akan berusaha sedaya upaya dengan menjadikan kita berasa perkara haram itu banyak memberi banyak kebaikan. Jadi, pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan perbuatan kita. Macam yang kau cakap tadi, daripada malas jadi rajin study.

Ajal maut, jodoh dan rezeki Allah yang bagi. Asalkan ada agama dan beriman insyaAllah, semiskin mana pun bakal pasangan tersebut Allah telah tetapkan sejak azali lagi bahagian rezekinya. Percayalah!

Akal : Neraka? gulp......Kahwin muda lagi? No komen!

Nafsu : Macam-macam plak kau. Abistu kau ingat nak kahwin awal senang ke? Kau pun konon berlagak macam ustaz, ilmu agama dah habis khatam ke? Baca al-Quran pun tergagap-gagap. Nak pimpin anak bini camne? Anak orang oi...belum pape rosak rumahtangga, hancur berkecai. Jap, aku nak kasi kau fakta sikit bia kau ternganga, lelaki jenis lambat matanglah daripada pompuan, ape citer plak?

***********

Iman : Memang. Memang lelaki lambat matang. Itu fitrah tetapi tak semua lelaki sebegitu. Ada yang cepat, ada yang lambat. Dan melalui kaedah kahwin mudalah mereka cepat jadi matang. Mereka akan belajar proses mendewasakan pemikiran, jasadiyyah, rohaniah dan sebagainya. Malah lebih manis lagi, mereka tidak belajar keseorangan, mereka belajar bersama-sama isteri tercinta. MasyaAllah!! So sweettttttt.......

Akal : a'alah...tak terpikir plak kepala otak aku. Pandai jgak kau ni eh. Macam tu ada can lah aku nak kahwin awal ni. Hehehe..malu. malu...

Nafsu : Cehhh...bajet jer tu. Aku pelik la..kau ni mesti ade muslihat. Kenape kau ber-iya sangat nak paksa orang kahwin muda? Apa yang buat kau teruja sangat pasal bab cintan-cintun, kahwin-kahwin? Kau tu nape tak kahwin muda? Nak suruh orang tapi diri sendiri? Hampeh jer....

**************

Iman : Aku bukan memaksa, aku hanya mengajak demi ke arah kebaikan dan lebih selamat. Cinta itu fitrah, jangan jadikannya sebagai fitnah apabila kita tidak mengikut guideline yang telah Allah tetapkan. Aku takde satu muslihat pun, niat aku baik.

Sebenarnye aku sedih. Sedih sangat. Aku sedih tengok remaja-remaja sebaya dengan aku sudah jauh dengan penghayatan agama yang sebenar. Budaya islam bagai sudah tiada tempat dalam jiwa mereka. Malah budaya barat yang mereka gila-gilakan sudah menjadi darah daging dan sebati dengan selera nafsu mereka. Fesyen, hiburan, couple, sukan contohnya bola sepak dan macam-macam lagi. Benda-benda ni sebenarnya bagus tapi telah dicampuradukkan dengan kelalaian dan tiada lillahi ta'ala.

Couple menjadi satu fenomena, budaya atau ikutan para remaja Islam. Kita perlu berusaha untuk menjernihkannya kembali, kita perlu mencegah budaya ini daripada meliar dan terbabas jauh menyimpang daripada norma-norma agama. Cegahlah daripada membarah. Selamatkan kawan-kawan kita. Jadikan kahwin muda sebagai salah satu kaedah untuk mencegah kegilaan nafsu dan anak luar nikah.

Ayuh! Mari berkempen "Syoknya nikah awal!" Jadikan kahwin muda ini sebagai satu fenomena, budaya dan ikutan para remaja, mahasiswa universiti dan anak muda. Jika sekarang ini kita boleh bilang dengan jari tangan bilangan kawan kita yang sudah berumahtangga, jadikan ia pada suatu masa nanti nak bilang dengan jari kaki pun tak cukup. 

Kalau kau tanya kenapa aku tak kahwin muda, aku ade sebab utama. Tapi aku tak naklah bagi alasan sebab aku belum berpunya, belum bersedia, nafsu masih terkawal rapi, iman masih kuat dan ingin capai cita-cita dulu. Itu alasan dek akal je. Tentu kau tak paham.

Aku ada misi dakwah. Ada "hutang" yang perlu aku bayar sebelum darah muda yang mengalir deras di tubuh aku bakal menjadi slow dan block. Semangat membuak-buak, jiwa yang membara dan memberontak, kebebasan, kegilaan, ketumbukan dan cabaran luar biasa belum lagi puas menghisap "darah mangsa"nya. Aku sedang mengira-ngira saat itu. Ya! Takkan sekali-kali aku mensia-siakan masa mudaku.

READ MORE

YA ALLAH! APA CITA-CITA AKU SEBENARNYA?



"Apa cita-cita awak?" tanyanya sambil melirih mata ke arah ku.
"Banyak" jawabku ringkas.

"Apa cita-cita awak? Cita-cita dalam hidup awaklah" tanyanya sekali lagi seperti tidak puas hati dengan jawapanku.
"Banyaklah kak...." Aku beristighfar banyak-banyak dalam diri. Fikiranku terlalu complicated ke untuk menjawab soalan semudah itu?

Ya Allah....kenapa ni?

"Aik..takkan takde cita-cita? Apa cita-cita dalam hidup awak?" tanya akak lagi buat kali ketiga.
"Banyaklah kak...serius. Banyak sangat" Aku memandang matanya yang fokus dengan driving. Ya Allah...memang cita-cita aku banyak. Walaupun aku sedang belajar di fakulti perubatan tetapi kehidupanku tidak bernoktah di sini, yakni sebagai doktor perubatan.

Tidak...

Aku terlalu banyak berfikir ke? Kepala aku tidaklah kusut untuk menjawab soalan semudah budak tadika. Malah aku berasa tenang bermalam di rumah senior selepas program KAMU di Stadium Melawati Shah Alam. Sudah lama tidak bersama dengannya. Habis pecah kepala aku, dengannya dululah sedari Tahun 1 lagi aku bertatih menjadi seorang pemikir.



********************


Apa cita-cita aku?

Tidak pernah terdetik di dalam kamus hidupku untuk menjadi seorang doktor. Tidak pernah. Seringkali saya beritahu adik-adik di program-program sekolah atau persatuan ketika menjadi fasilitator, bahawa saya yang berada di hadapan kamu ini tidak pernah bermimpi untuk menjadi doktor.

Tidak pernah.........

Jika dahulu, ketika di bangku tadika, ustazah bertanya "Apa cita-cita kamu Na'imah?"
"Saya nak jadi macam ustazah, cikgu tadika"

Ketika di sekolah rendah pula soalan yang sama juga ditujukan "Na'imah apa cita-cita kamu?"
"Cikgu" ringkas sahaja jawapan saya.

Ketika di sekolah menengah pula, juga, soalan yang sama. "Saya nak jadi macam cikgulah"

Ketika di matrikulasi, ada suatu forum bersama Prof Madya dr. dot dot. Dengan muka tak tahu malu, saya tampil bangun dan berdiri ketika slot pertanyaan.

Saya telah memalukan diri sendiri dengan mengatakan "Apabila membaca tittle prof, Prof Madya Dr. , saya menjadi excited, saya suka, saya admire dengan tittle tersebut, saya nak jadi macam prof, boleh prof kongsikan?" Dengan aksi dan gaya saya bercakap, saya dengar ramai budak lelaki "swit swit" kepada saya, tepukan gemuruh daripada semua hadirin.

Sungguh memalukan. Sebenarnya saya tak tahu kenapa saya buat sebegitu rupa, aksi saya spontan.

Bermulalah sejarah di dalam hidup saya. Sejak daripada itu, ketika beraya atau bertandang di rumah sanak saudara saya akan berkata "saya nak jadi professor atau peguam". Saya nak jadi peguam sebab saya suka bidang pengucapan awam, seperti pidato, perbahasan dan sebagainya.

"Aku conpius dengan kau. Kejap nak jadi lawyer, kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi professor. Aritu menang johan pidato bersungguh-sungguh kau cakap ngan aku ko nak jadi lawyer. Memang loyar buruklah kau".

Saya masih ingat kata-kata ini kawanku, terima kasih kerana menegurku.



*********************************


Saya pernah pun menulis artikel/psot/entri yang bertajuk "Menggapai cita-cita" (klik) satu masa dahulu.



"Bercita-citalah! Bukan hanya untuk duniamu, tapi juga untuk akhiratmu. Pancangkan cita-citamu setinggi mungkin. Iringi ia dengan kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menngapainya. Semoga Allah SWT merahmatimu dengan memperkenankan cita-cita itu terwujud."

Saya korek kembali penulisan dan memori saya, yang telah lama saya pasakkan di dalam diri.

"Kakakku, aku faham maksudmu. Sebenarnya aku segan dan aku tahu, sepatutnya aku tidak perlu segan untuk memberitahu kepadamu bahawa cita-cita aku yang satu adalah redha Allah dalam setiap perkara yang saya lakukan"

Apa pun, terima kasih kerana sudi hadir di dalam kamus hidupku. Kau merangsang aku supaya cepat matang berfikir walaupun luarannya aku tidak sebegitu. Aku pasrah dan redha kau diambil orang dan cuba berlapang dada bahawa orang itu bukan segenetik kita tetapi peluang dakwah yang kau gunakan. Aku hanya mampu berdoa agar kau bahagia di sisinya. Terima kasih sekali lagi atas segalanya. Banyak lagi yang ingin aku tulis, aku perlu banyak "mengumpat" tentangmu dan kisah kita bersama, mungkin untuk entri seterusnya.



**************************



Kembali kepada realiti.

Cuti sependek seminggu jangan disia-siakan! Pasang dan susun strategi peperangan berlawan dengan kemalasan dan perkara lagha (tidak berfaedah). Usah persiakan masa! Semangat semangat!

“Wahai hamba Allah, Allah memberikan kamu masa, dan masa itu sentiasa berlalu. Apakah yang telah kamu lakukan dengan masa kamu dalam bulan ini, minggu ini, hari ini?”





p/s : dah janji semalam nak tulis pasal kahwin muda, malam ni je lah ye. Teruja baru balik dari rumah akak, segar lagi kepala dengan "bebelan" dia. Banyak aku belajar daripada dia, walaupun simple giler, tapi otak aku tiba-tiba cepat tangkap dan mudah proses untuk menghuraikan segala yang tersirat. tulislah apa yang patut.

maaf, sejak akhir-akhir ini banyak gune bahasa "aku", sebelum ini ade gune "ana", "saya". macam tak istiqamah. tapi itulah...depends. tengok pada kesesuaian dan tema penulisan.

sekali lagi maaf segalanya jika  terasa aku ni dan tulisan aku seperti orang riak, sombong, orang tak kenal aku, memang itulah first expression. aku redha dengan perception kamu. insyaAllah. papepun senyum... :)

dan aku dah lame tak tulis novel, maaf jika ade lari dari format novel.

READ MORE

ADAKAH AKU TERSALAH AMIK BIDANG?



Semalam di program KAMU (Karnival Anak Muda) anjuran GAMIS, kerajaan Negeri Selangor dan MPMS (Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor), alhamdulillah sempat saya mendengar pelbagai pengisian sama ada bersifat tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa) seperti forum "syurga cinta", cakna palestin dan seminar SIMDAK (simposium dakwah) mahu pun pengisian yang berbentuk idealisme dan menyentuh cabaran perjuangan mahasiswa.

Serta tidak ketinggalan juga hiburan yang mendidik jiwa remaja seperti saya ini, agar sentiasa mendekati Allah SWT dan menghargai uslub (kaedah) dakwah yang berbeza. Bagi saya, berlapang dadalah bahawasanya "nasyid rock" seperti yang dipersembahkan oleh Al Farabi Band yang mana sungguh memukau mata para penonton dengan keghairahan berpencak di atas pentas dan aksi silat dengan tenaga yang luar biasa, bukanlah suatu kemestian tetapi salah satu keperluan sebagai jalan alternatif mengisi ruang dan kelompangan dalam persada muzik tanah air yang semakin jauh dan tersasar di landasan syariatnya.

Walaupun banyak benda yang ingin ditulis, tetapi suka untuk dikongsikan salah satu resolusi bagi deria pemerhatian saya, yakni tentang anak muda itu sendiri. Pidato yang disampaikan oleh YB Dr Hajah Halimah, Exco Pendidikan Negeri Selangor menyorot kembali aksi saya suatu ketika di pentas yang sama, tajuk yang sama, cuma tarikh yang berbeza. Pidato saya yang mana memberi penekanan tentang pembangunan sahsiah diri remaja Islam.

Jadi di sini dalam keterbatasan waktu, sedikit sahaja yang ingin dicoret mengenai remaja khususnya diri penulis yang perlu diangkat tarafnya dan mencabar keselesaaan diri menjadi seorang dai'e (pendakwah) iaitu doktor ahli jiwa buat masyarakat, buat ummah secara glokal mahu pun global amnya.









DAI'E : INI LANGKAHKU, KAN TERUS MELAJU

Langkah seorang dai'e adalah langkah mendekati Allah.

"Wahai Muhammad, hendaklah engkau memberi peringatan tetapi ingatlah tugasmu hanya memberi peringatan. Bukanlah kamu (wahai Muhammad) seorang pemaksa. Tetapi sesiapa yang berpaling (tiada menurut perintah itu) dan ingkar, Allah akan menyeksanya dengan seksaan yang lebih besar." [surah al- Ghasiyah, 21-24]

Dalam perjuangan tidak semudah apa yang dijangka, jalan bagi perjuangan dibentangkan dengan jalan-jalan yang berduri. Bersiap sedialah untuk dilukai.

Da'ie ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tetapi dipendam, sungguhpun pedih tapi tetap disimpan, namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA.

Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, menuntut seribu pengorbanan bagi sesiapa yang di hatinya terselit IMAN dan TAQWA dan sedar dirinya bertuhankan Allah.



DAI'E : PEMBAKAR SEMANGAT, DOKTOR PENYAKIT JIWA

Memetik kata imam As-Syahid Hassan Al-Banna :

Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi : “Tidaklah seseorang mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih utama daripada apa yang Aku wajibkan baginya “.

Telah berkata Ibn Hajj dalam salah satu bukunya :
“Saya berpendapat bahawa amalan-amalan sunat dan rawatib bagi para ulama dan daie menjadi suatu kewajipan, kerana jika mereka mengabaikan rawatib, maka masyarakat awam menjadikannya alasan untuk meninggalkan kewajipan.”

Apakah maksud dua petikan ayat di atas?
Cuba kita refleksi diri bersama.

Sekiranya daie tidak menunaikan solat sunat rawatib, maka orang awam atau masyarakat umum pasti akan ada yang meninggalkan solat wajib.
Ketika mana seorang daie tidak berpuasa sunat, maka orang awam pasti akan ada yang meninggalkan puasa wajib pada bulan Ramadan.
Ketika mana daie itu jauh daripada Tuhannya, apatah lagi masyarakat umum; mereka pasti lebih jauh lagi.
Sekiranya daie itu berselawat kepada nabi SAW pun jarang, jangan harap masyarakat akan selalu berselawat atau ingat pada nabi SAW.
Seorang daie yang mula luntur kasih sayangnya pada nabi, apatah lagi orang awam pasti lebih lagi.
Sekiranya solat seorang daie itu tidak khusyuk bagaimana pula dengan orang awam yang lain?

Realiti yang perlu diterima, sekiranya daie tidak berbuat, apatah lagi orang awam, masyarakat umum pasti meninggalkan perkara yang lebih besar dari itu! 



JANGAN BERMIMPI DI SIANG HARI!

Sebuah daulah tidak akan wujud sebelum kita BERANI membina daulah dalam diri sendiri!

Memimpin daulah dalam diri sendiri, kita menjadi khalifah pada diri sendiri, mengawal hawa nafsu yang meliar pada diri, mengekang kehendak nafsu yang berbagai-bagai, membawa diri mengenal Tuhan dan berjalan seiring dengan perintah-Nya.

Ulama dan daie itu fungsinya hampir sama. Kalau seorang ulama yang sesat, akan ramai daripada masyarakat ini yang akan sesat. Begitu jugalah para daie. Tidak mungkin daie itu terpisah daripada diri mereka sendiri, mereka umpama sekeping syiling kepala dan ekornya, muka depan dan muka belakangnya menggambarkan diri duit syiling tersebut, begitulah daie.

Dakwah daie itu terpalit pada diri daie, tidak dapat dipisahkan umpama syiling itu. Masyarakat akan memandang apa-apa yang dibuat oleh seorang daie, itulah islam.

“Kullu harakah medan wakullu harakah jihad”. Itulah yang diingini yang disebut-sebut oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, setiap pergerakannya adalah medan dan setiap pergerakan itu adalah jihad.

Sesungguhnya, perkara kecil yang dipandang oleh seorang daie adalah besar dipandang oleh orang awam kerana daie adalah contoh untuk mereka mengenal islam yang sebenar.

Lebih-lebih lagi mereka yang sudah mengikuti gerakan islam. Bahkan mereka digelar seorang daie!





TERSALAH AMBIL BIDANG?


Bercakap dan menulis bukan dalam bidangnya, mungkin menjadi dilema mahupun persoalan masyarakat bagi golongan dai'e yang bukan mengambil jurusan agama.

Bukan sekali dipertikaikan, malah berkali-kali.

Jadikan ia sebagai rempah ratus dalam perjuangan. Apa yang penting tugas menyambung risalah perjuangan Nabi SAW sudah sedia tergalas di bahu. Perbaiki segala kelemahan diri dan ingatilah satu pesanan ini :

"Luaskanlah empayar sosial anda untuk mudah didekati. Kerana Islam untuk semua. Bukannya eksklusif untuk geng-geng berkopiah dan bertudung labuh sahaja"



p/s : akan bersambung insyaallah esok mengenai "teruja kahwin muda". saya agak ter- memalukan diri sendiri apabila  bertanyakan soalan kepada prof mohaya dengan ter-sasul mengatakan "saya teruja" kahwin muda. ramai sahabat usik saya selepas itu, jadi saya perlu "back up" diri dan beri explanation yang jelas agar tiada salah faham. bukan mengelak tetapi bersebab. :)

READ MORE

HATI INI TERHARU DENGAN JAWAPANMU. TERIMA KASIH UNTUK ITU.

Berusahalah. Berusahalah. dan berusahalah mendapatkan solat yang khusyuk lantas diangkat ke langit dan diterima oleh Allah SWT. Sesungguhnya amalan yang pertama sekali dihisab di akhirat kelak ialah SOLAT kita.
Beringatlah selalu wahai hati.......


Jika kita cek balik diri kita banyak benda tak betul. Kalau ilmu di dada pula sepertinya ilmu feqah zero, ilmu tauhid minus 3, ilmu tasawwuf lagi minus 10, akhlak plus 1 sahaja, sedangkan semua ilmu itu kita pernah belajar ketika sekolah dulu. Kita lupa ilmu tersebut sebab kita tak amalkan.

Apatah lagi ilmu solat yang kita amalkan, praktiskan setiap hari 5 kali. Adakah solat tersebut berjaya atau sudah mampu membendung, mencegah, mahupun menjadi perisai kepada perkara maksiat dan dosa? Adakah solat tersebut mampu melenturkan diri kita menjadi seorang mukmin yang takut dan cinta kepada Allah.

Susah. Susah. Memang susah! tetapi berusahalah...tetaplah berusaha tanpa jemu. Sedangkan Allah tidak melihat kesan/hasil malah Allah mengira setiap usaha yang kita gigihkan dengan penuh kesabaran.

Itulah tarbiyyah (didikan) yang berharga daripada Allah SWT.





MARI INGAT SEMULA

Sudahkah kita ketahui faedah pertama dari solat? Mari cek balik.

1. “Mensucikan hati daripada segala dosa seperti penyakit-penyakit hati” : kerana pada solat itu kita menghayati kerendahan diri kita, berhajatnya dan terasa hina dan dina hati kita kepada kehebatan kebesaran Allah SWT. Sebabnya jiwa dan nafsu yang terkandung di dalam diri, karakter atau sifatnya adalah selalu ingin meninggi, takabur dan ingin megah. Maka dengan penghayatan di atas tadi di dalam solat, sucilah hati kita dari segala macam keaiban.

2. “Membuka pintu rahsia dari alam jabarut” : apabila kita hayati solat itu dengan khusyuk, ikhlas serta dengan penghayatan Al-Ihsan, Insyaallah rahsia dari alam yang tidak kita lihat dan rahsia kebesaran Allah akan disingkap dan dibukakan oleh Allah buat kita.

3. “Tempat munajat terhadap Allah” : Faedah ketiga yang dinyatakan oleh Imam Ibnu Athaillah Askandary. Beliau merumuskan dalam Hakikat Kalam Hikmahnya yang ke-119 bahawa :

“Solat itu merupakan tempat berbisik-bisik (munajat) antara hamba dengan Allah SWT dan tambangan sesuatu yang sifatnya suci. Dalam solat terdapat berbagai lapangan rahsia dan begitu bersinar di dalamnya dengan berbagai sinar cahaya.”

Penjelasannya?

Dalam solat seseorang hamba dapat berdialog dengan berbisik, antaranya dengan Allah, dia membisikkan segala sesuatu kepada Allah melalui zikirNya, bacaannya yang diikuti dengan hati dan perbuatannya. Sedangkan tanggapan bisik yang sifatnya dialog itu dari Allah SWT.

Allah memberikan pemahaman ke dalam hati hambaNya sekalian dan membuka pada hati hambaNya rahsia-rahsia alam malakut dan jabarut sesuai dengan ukuran limpahanNya, melihat kepada besar kecilnya penghayatan hamba itu dalam pelaksanaan solatnya.

Inilah pengertian Hadis Nabi SAW yang berbunyi :

“Orang yang melakukan solat itu bererti berbisik-bisik yang bersifat dialog (munajat) terhadap TuhanNya.”

Dan inilah pula pengertian yang dapat kita fahami dari sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Qudsi :

“Allah telah berfirman : Aku bahagikan solat itu antaraKu dan antara hambaKu dan berhaklah bagi hambaKu apa-apa ia mohonkan.


Apabila hamba itu berkata: Al-Hamdulillaahi rabbil ‘alamin
Allah menjawab: Aku telah dipuji oleh hambaKu.


Kemudian apabila hamba itu mengatakan : Arrahmanirrahiim
Allah menjawab: HambaKu telah memuliakan akan Daku.


Kemudian apabila dia mengatakan : Maaliki yaumiddiin
Allah menjawab : HambaKu telah menyerahkan (kedaannya) kepadaKu.


Kemudian apabila dia mengatakan: Iyyaaka na’budu wa iyyaka nasta’in
Allah menjawab: Inilah antaraKu dan antara hambaKu (dia menyembahKu dan Aku membantunya).


Kemudian apabila dia mengatakan: Ihdinash-shiraathal mustaqim, (hingga akhir ayat)
Allah menjawab: Inilah buat hambaKu dan berhaklah bagi hambaKu apa-apa yang ia mohonkan.”



Terharu kita.
Seronok bukan bila kita sudah tahu akan jawapan-jawapan Allah kepada setiap lafaz yang kita ungkapkan?
Ibarat seorang kekasih yang sedang seronok berbalas sms dengan pasangannya.

Dengan demikian maka jelas bahawa kita bersolat, ertinya bermunajat kepada Allah, memohonkan pendekatan diri kita kepadaNya. Mantaplah kecintaan hati kita itu, yang mana bersih daripada kekeruhan, kekerasan, sehingga bersambunglah kecintaan kita dengan Allah yang kita cintai dalam keadaan kemurnian dan kesucian.

4. “Tambangan atau tempat kesucian hati dan jiwa” : oleh sebab itu maka munajat kita dalam solat bertolak daripada hati yang suci dan jiwa yang murni. Kesucian hati dan kemurnian jiwa adalah lebih tinggi dan lebih halus daripada munajat itu sendiri. Kerana itulah maka salah seorang ahli fikir Islam dan Tasawuf bernama Umar Ibnul Faaridh (1180-1234H.) kelahiran Kaherah mengungkapkan syairnya sebagai berikut :

“Dan sungguh benar aku bersunyi diri serta yang tercinta, dan antara kami rahsia yang lebih halus dari angin segar apabila berhembus”.

Inilah kesucian hamba terhadap Tuhannya sehingga Dia tidak mempertaruhkan hambaNya kepada lainNya. Apabila jalinan kesucian ini telah sempurna dan kecintaan dari hamba kepada Allah merupakan kecintaan yang agung, barulah jiwa si hamba dibersihkan Allah dari segala macam hijab dan terbukalah pintu antara hamba dengan Tuhannya. Pada waktu itu jiwanya tidak sempit lagi menghadapi segala macam ujian.

5. “Keluasan lapangan berbagai rahsia dari alam maya” : kerana jiwa orang bersolat telah merasa tenang dan senang. Ia dapat berfikir dalam keluasan cahaya dari jiwa itu sendiri berkelana dalam alam malakut dan alam jabarut.

6. “Terpancar padanya cahaya rahsia Dzat Allah dan cahaya daripada sifat-sifat Allah” : dengan demikian terarahlah penghayatan batin seorang hamba kepada Allah sehingga ia lupa selainNya. Ini disebut dengan “Al-Fana”. Dan kerana sifat-sifat Allah mempengaruhi batinnya maka dia lupa dia adalah manusia dan inilah yang disebut dengan “Al-Baqa”. Maka di satu sudut dia sangat berpegang kepada Hablun minallaah dan di sudut lain dia tidak meremehkan Hablun minannaas.




MUHASABAH DIRI

Alangkah indahnya solat, pada lahiriahnya memanglah merupakan perintah Allah wajib terhadap hamba-hambaNya. Tetapi pada hakikatnya solat merupakan hubungan yang intim dan indah antara hamba dengan yang Maha Pencipta. Maka solat itu nilai dasarnya merupakan kesyukuran kita selaku hambaNya, yang dibezakan Allah dari makhluk-makhluk lainnya, sehingga jadilah kita ini sebagai khalifahNya, khususnya di atas permukaan bumi ini.

Semoga keindahan solat dapat kita rasakan dengan izin Allah dan redhaNya. Amin.



Sumber: Buku Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf (Al-Hikam) oleh Prof. Dr. K.H. Muhibbudin Waly


p/s : ini perkara/ilmu pertama yang saya belajar di pondok buruk itu...tentang solat dan ketenangannya.

READ MORE

THE MOST POPULAR POST