TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

TOLONGLAH "LIKE" FACEBOOK AKU


"Hemmmmm.......boringnye tengok Facebook aku. Macam-macam dah aku post. Nak kata tazkirah, hadith, ceramah, semua benda baik aku dah letak. Tapi sikit je orang like. Yang komen lagi la. Selalunye memang takde langsung!"

"Hahaha!!! Glamourlah aku. Banyak sangat friend request. Message inbox pun banyak masuk. Kalau aku post walaupun status "aku nak makan"...peh!!! banyak giler orang like ngan komen"



IKHLAS KE AKU?

Aku tidaklah baik mana. Apatah lagi berada dalam kategori umat yang alim pun. Aku biasa-biasa orangnya. Mengumpat, bangga diri, pemarah, suka membanding, dan semua yang sifat-sifat buruk kadang-kadang memang menguasai akal warasku.

Dek terbiasa sangat perkara-perkara yang tak elok tersebut, tanpa aku sempat fikir dosa, pahala dan kesannya pada orang sekeliling aku, aku secara automatiknya menempah "sebuah rumah" di neraka Allah.

Seperti kebanyakkan orang lain, aku juga tidak terlepas dari sifat riak dan sifat yang suka dipuji. Kalau aku mahu lakukan sesuatu, aku suka sekiranya orang sekeliling tahu apa yang aku buat. Aku suka diriku dipuji melangit. Aku pun suka mengungkit setiap kebaikan yang telah aku buat.

Terutamanya bila belanja kawan. Hari ini ada batas, hari esok bila nak balas?
Tapi bila aku fikir semula, ikhlaskah aku?





IKHLAS ITU INDAH. 

Hati yang bersih dan suci adalah hati yang boleh menerima kekurangan diri seadanya. Sikap suka menyalahkan orang lain dalam beberapa hal amat dikesali. Bukanlah pemilik hati yang bersih dan suci apabila suka dipuji dan diangkat pada kedudukan yang tinggi.

Sifat suka berbangga dan bermegah-megah dengan kedudukan diri sendiri yang tidak seberapa, minta disanjung dan dipuji setiap masa adakalanya akan dibenci secara diam dan sahabat yang lain kurang berminat untuk mengetahui dan mendengar apa-apa berita kita seterusnya.

Insan yang telah memiliki cinta Allah lain pula sifatnya. Sentiasa merendah diri, tidak suka menunjuk-nunjuk akan kehebatan dirinya dan sentiasa cuba membantu dan menolong insan lain yang memerlukan.

Maka, apa yang perlu?

Setiap perbuatan kita perlu ada niat hanya kerana Allah. Bila niat hanya kerana Allah, segalanya menjadi indah dan terasa bahagianya di hati. Hanya hati yang ikhlas kerana Allah sahaja akan menerima ganjaran pahala dan keberkatan dalam setiap perbuatan.

Untuk melatih hati kita menjadi ikhlas, kita perlulah melafazkan niat tu sama ada dalam hati atau melalui mulut. Sebab dengan melafazkannya dalam sedar, kita akan sentiasa beringat tentang tujuan asal kita iaitu membuat sesuatu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah semata-mata, dan ini mendatangkan rasa keikhlasan dalam diri.

Bila hati kita ikhlas, kita tidak akan merungut, mengungkit atau merasa penat kerana kita tahu Allahlah yang akan memberi ganjaran di akhirat nanti.

Ingatlah. Perbuatan yang asalnya ikhlas kalau diungkit, akan menjadikan perbuatan itu sia-sia dan tidak mendapat atau mengurangkan pahala dari Allah.

Jadikan setiap kebaikan dan perbuatan kita itu sebagai saham akhirat dan modal tambahan untuk memberatkan timbangan neraca amalan kita. Kita buat, kita lupakan. Tak perlu ungkit dan tak perlu kenang.

Untuk itu renungilah kata-kata Imam Hasan Al Banna :

“Di dunia ini, dari banyaknya jumlah manusia hanya sedikit saja dari mereka yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu hanya sedikit yang berIslam. Dari sedikit yang berIslam itu hanya sedikit yang berdakwah. Dari mereka yang berdakwah lebih sedikit lagi yang berjuang. Dari mereka yang berjuang sedikit sekali yang bersabar. Dan dari mereka yang bersabar hanya sedikit sekali dari mereka yang sampai akhir perjalanan”

Biar Allah yang memberikan ganjarannya. InsyaAllah.

4 comments:

  1. Allah..sungguh terkesan di hati..
    ikhlas..bkn semudah lafaz di mulut.."aku ikhlas"
    walhal..hanya Allah yang layak menilai ikhlas itu..
    jazakillahu khairan kahtira atas perintgn ini.
    teruskan usahamu dlm menyentuh hati2 yg ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

    ReplyDelete
  2. srikandi permata : shukran jazilan kat saudari. wp saya jarang balas balik komen saudari tapi dgn hanya 1 komen yang konsisten sebegini beri saya semangat utk terus menulis.

    sangat2 menghargainya :)

    ReplyDelete
  3. amat memberi iktibar.. time kaseh penulis..

    ReplyDelete
  4. smga terus istiqamah menulis demi menyebarkan dakwah Dr Naimah..insyaAllah,,('',)saya suka ziarah blog awak..penuh manfaat..barakallahu fik ya ukhti....!!

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST