TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

DI MANA HARUS AKU MENCARI ALLAH?


Di kala aku sedih sangat, automatik aku mencari Allah. Aku ingat balik Allah. Aku nak Dia tahu aku sedang bersedih. Hatiku pilu. Perasaanku luka teruk akibat kemalangan dengan musibah yang melanda. Fikiranku kacau. Tidak tenteram aku melihat dunia.

Aku mencari-cari. Di mana harus aku mencari Allah?
Allah......Aku ingin pulang. Pulang kepada-Mu Allah.

Bekas-bekas air mata yang membanjiri di segenap ruang muka ku sapu dengan penuh hiba. Sudah bertahun-tahun aku mengembara untuk menggapai tujuan hidup. Aku mengejar cita-citaku kononnya kerana Allah. Padahal pada masa yang sama aku tidak bawa roh beragama berdamping dengan jasadku.

Aku tidak berkawan dengan Al Quran. Malah aku sibuk mencari teman dan awek.
Aku tidak ziarah masjid. Malah aku rajin melepak kedai makan, shopping complex, atau bilik kawan.
Aku tidak melazimi solat sunat. Malah aku melazimi pelbagai movie dan lagu.

Bila aku berjinak-jinak membersihkan hati, baru aku sedari. Allah tidak ke mana-mana. Dia bukan tinggalkan aku. Aku yang lari daripada rumah. Aku yang melupakan-Nya. Padahal Dia senantiasa hadir setiap saat.

"Sungguh, Kami telah ciptakan manusia dan Kami tahu apa yang dibisikkan hatinya kepadanya. Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." 

Inilah firman Allah yang buat aku rasa diri ini hipokrit.

Selama ini, kini dan selamanya karenah dunia buat aku menderita. Kerana aku salah dalam meletakkan prioriti hidup. Acapkali sesuatu yang dicintai menjadi sebab ujian daripada Allah. Sebab itulah Allah kata bersederhanalah. Cintailah sesuatu berpada-pada.

Bila Allah uji dengannya, mungkin aku tidak terlalu menderita. Tidak teraba-raba untuk mencari jalan pulang. Memang susah untuk rasa bercinta dengan Allah. Cinta Dia hanya akan hadir melalui mujahadah.

"Allah....Sedarkanlah aku akan kebutaan aku memandang dunia sekalipun Engkau telah tunjukkan jalan, jangan Kau biar aku hanyut dalam perjuangan hidup yang tiada makna. Sungguh, apalah erti perjuangan ini tanpa-Mu."

6 comments:

  1. Allah..terkesan di hati ini.
    Jazakillah ats entry yg bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  2. peringatan untuk diriku sndiri yang lemah ini dgn godaan dunia....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    Sewkadar muzakarah saja.
    Surah AlHadid:4 وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ ۚDan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada.
    Allah SWT sentiasa bersama2 kita dimana jua kita berada. Malah diberitakan ketika malaikat maut mencabutkan nyawa kita, Allah SWT lebih daripada malaikat tersebut. Surah AlWaqiaah:85 وَنَحْنُ أَقْرَ‌بُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُ‌ونَ Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat.

    " وَنَحْنُ أَقْرَب إِلَيْهِ مِنْكُمْ " أَيْ بِمَلَائِكَتِنَا " وَلَكِنْ لَا تُبْصِرُونَ " أَيْ وَلَكِنْ لَا تَرَوْنَهُمْ كَمَا قَالَ تَعَالَى فِي الْآيَة الْأُخْرَى " وَهُوَ الْقَاهِر فَوْق عِبَاده وَيُرْسِل عَلَيْكُمْ حَفَظَة حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدكُمْ الْمَوْت تَوَفَّتْهُ رُسُلنَا وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ ثُمَّ رُدُّوا إِلَى اللَّه مَوْلَاهُمْ الْحَقّ أَلَا لَهُ الْحُكْم وَهُوَ أَسْرَع الْحَاسِبِينَ "
    Mengikut petikan dari Tafsir Ibnu Katsir ini, maksud `Kami lebih hampir kepadanya (manusia) daripada kamu iaitu malaikat Kami, walhal kamu tidak dapat melihat. Iatu Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira - Penghitung.

    Jadi dalam perbincangan ini, Allah SWT mengetahui dimanakah kedudukan makhluk ciptaanNya. Daripada zarah dan micronutrients yang paling kecil sehinggalah sebesar2nya semua dalam pengetahuanNya baik didarat, lautan mahupun langit. Surah AlHadid:4 هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya.
    Malah Allah SWT telah menciptakan AlKhab`a iaitu benda yang tidak dapat dilihat dgn mata kasar seperti `ions` dan `micronutrients` dimana saling bertindakbalas dalam proses kimia yang wujud dilangit. Surah AnNaml:25 "(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

    Janganlah bersedih atas apa yang berlaku, sebaliknya kita bertekad kuat bagaimana utk menghadapi takdir yang telah ditentukan sebelum kita dilahirkan. KIta tidak mengetahui takdir kita tetapi takdir adalah seiring dgn kuasa pemilihan amalan2 yang kita lakukan samada baik atau buruk! Surah AlHadid:22 مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْ‌ضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَ‌أَهَا ۚTidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  4. salam...sesungguhnya..ujian Allah amat perit tapi ada hikmah yg manis menanti kita..hamba Allah ini jgk sedang berperang tentang jiwa hati dan perasaan yg telah diberi Allah. . .ya cinta. . .sekali bahagia.. dan sekelip mata ia hilang meninggalkan hambaNya... Hanya petunjuk dariNya saja yg dapat memberi ketenangan yg abadi.. dan dalam pencarian itu, kekuatan dan semangat hamba perlukan ya Allah...

    ReplyDelete
  5. jazakallahu khairan kathiran..best~
    oh, jemputlah ziarah Mahallah cinta ep.2 ye!

    ReplyDelete

"Allahurobbi..Hakikatnya, sedikit kata-kata dan komen yang berterusan daripada pembaca dan sahabat sekalian sudah mampu memberi semangat dan dorongan kepada penulis yang sedang berperang dengan masa di 'daerah' ini."

THE MOST POPULAR POST