TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI

SAAT TERFIKIR INGIN BERMAKSIAT



Sedang asyik menonton cerita orang puteh, kita tak sedar bahawa kita sudah lali dengan beberapa adegan yang berunsurkan lucah, tak senonoh dan tidak selari dengan ajaran Islam. Hasil daripada kebiasaan tontonan tersebut kita juga dengan tidak sengaja seringkali mengkhayalkan mahupun berIMAGINASI perkara tersebut dalam kehidupan seharian. Sama ada sedang duduk bersendirian, belajar, bekerja mahupun dalam SOLAT!

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional syaitan dan ajakan nafsu yang gersang di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit, pasakkan dalam hati dan minda kita akibat buruk yang menunggu darinya seperti :

1. azab api neraka
2. azab kubur
3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
4. jauh dari rahmat Allah swt
5. tiada peruntukan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak
6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti :

1. penceraian
2. pasangan zina mengandung
3. membunuh anak luar nikah kerana malu
4. anak-anak terabai dan terbiar
6. kejian masyarakat dan keluarga
7. ditangkap basah dan diumum di media
8. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS
9. hati gelap dan dilaknat oleh para malaikat dan Allah SWT
10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan
12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, dengan harapan agar nyalaannya akan mengecil.





MENGAWAL NAFSU DAN SYAHWAT

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :

1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan jenayah, maksiat, seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

2. Datangkan keyakinan bahawa setiap masa Allah Maha Melihat setiap perbuatan kita ketika bersama dengan orang ramai mahupun bersendirian

3. Sedarkan diri bahawa Malaikat Raqib dan Atid turut sentiasa bersama kita mencatat setiap amalan kita, apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4. Mencari sahabat soleh dan merapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh

5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan membuat dosa. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran "tidak baik" naik, maka elakkan diri berseorangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama rakan sekerja dengan berlainan jantina itu puncanya, elakkan diri daripadanya dan makan sendirian atau bersama dengan jantina yang sama sahaja. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat kerana niat kita hanyalah sekadar suka-suka dan main-main.

7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan melakukan dosa, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong nafsunya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, fokus dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, bekerja dengan amanah, melakukan aktiviti sihat seperti berkebun dan memcancing dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri untuk mencapainya.


Tanpa target dalam kehidupan, keinginan nafsu akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran "tidak baik" akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit.

Sekarang, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh Persatuan Mahasisa Islam, BADAR, GAMIS, NISA, PAPISMA, Yayasan AMAL, Persatuan UIama' Malaysia, Persatuan Anak Negeri, IKRAM, JIM, KARISMA, PERKIM, Persatuan Pengguna Islam dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik dan membentuk diri.

11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran "tidak baik" akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

12. Ziarahi kubur secara kerap agar nafsu menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian. Bukankah berfikir tentang mai menjadikan kita lebih bijak?

13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah anda redha untuk menerima kematian dalam situasi itu? Fikirkan selalu.

14. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan nafsu, perdengarkan dan hayati bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InsyaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah. Ingatilah Allah selalu!

15. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada hampirnya dengan maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah SWT mengingatkan :

"Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas" ( Al-Baqarah : 168 )

16. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada nafsu yang lebih liar dan hati bertambah kotor, bahkan tertutup terhijab daripada hidayah Allah SWT.

17. Berzakatlah. Memastikan harta perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa nafsu kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ibarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

18. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

19. Segara beristighfar dan bertaubat walaupun belum jatuh dalam maksiat yang berat.

"dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa" (Al-Imran)
20. Secara logiknya, manusia yang bercouple sangat mudah untuk melakukan dosa, sama ada dosa ringan-ringan mahupun yang berat. Apabila bersama, ter- atau sengaja bersentuhan adalah perkara normal yang boleh dilakukan setiap saat berlalu. Zina hati pula usah dikira.

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu disenaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk emosi, hati, akal kewarasan dan fizikal seseorang, individu tersebut akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan dunia yang sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingat. Akhirnya Allah SWT berfirman :

"Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya" (Al-Shams : 9-10)


p/s : artikel ini juga sudah lama disimpan, dikeluarkan semula dan diedit supaya serasi dengan kebobrokan gejala maksiat masa kini semua hanya untuk perkongsian bersama dalam memperbaiki diri mencari mardhotillah (keredhaan Allah)


READ MORE

BILA HATI TIDAK HADIR BERSAMA


"Busuklah buah ni! Agaknya pokok dia dah rosak,"
"Cantiknya buah ni. Rasanya pun sangat ranum dan sedap. Measti pokok dia membesar dengan baik sekali"

Diibaratkan menanam pokok, dari benih tumbuh pokok. Dari pokok, membesar hinggalah mengeluarkan buah. Jadi, menanam pokok itu, yang mahu dilihat adalah hasilnya. Apakah ada hasil, mengeluarkan buah atau tidak. Jadi, kalau benih baik, nescaya buah pun baik, jadi elok. Boleh dimakan dan sedap rasanya.

Perumpamaan Islam, begitulah. Kita beribadah hakikatnya untuk buah. Kalau betul benihnya, ia akan lahir pokok dan insyaAllah lahirkan buah. Dan buah tersebut bukan masam, tetapi manis dan dapat dirasai oleh ramai orang.

Jika dirumuskan kembali, hasil dari benih dan pokok yang baik, kita lahirkan buah yang baik. Benih dan pokok itu adalah perumpamaan kepada ibadah yang baik, yang ada roh. Buah-buah yang baik ialah akhlak yang baik dan di antaranya ialah kita jadi penghibur kepada orang lain. Kita menghiburkan orang sehingga orang terhibur dengan akhlak islamiyyah kita. 

 Bagaimana watak penghibur itu sehingga orang boleh terhibur dengan kita? Contoh :

1. Di jalan raya, utamakan orang lain dahulu, sekalipun jalan kita.
2. Bertanya-tanyalah hal jiran samada Islam atau kafir. Kesusahannya dibantu, sakitnya diziarahi, ketiadaannya dorong kita menjaga rumahnya.
3. Waktu makan di kafe atau restoran, bayarkanlah orang di kanan kiri kita sekadar yang kita mampu.
4. Begitu juga di pasar, bayarkanlah orang yang membeli di sebelah kita lebih-lebih lagi kalau dia miskin.
5. Apabila naik bas, utamakanlah orang tua atau kaum ibu untuk duduk.
6. Kalau ada orang susah meminta, berilah, jangan dikecewakan. Kita berhutang kerananya pun tak mengapa.
7. Hutang orang kepada kita, jangan dipinta. Kalau mereka bayar, Alhamdulillah. Jika tidak, halalkan sahaja.
8. Jika kita bersalah dengan siapa sahaja, minta maaflah. Orang bersalah dengan kita, maafkanlah sahaja sekalipun dia tidak memintanya.

Untuk dapat semua ini, mesti berasaskan cinta dan takut Tuhan. Bila ada rasa cinta dan takut Tuhan dalam ibadah kita, baru boleh lahirkan buah-buah sebegini.

Mengapa?

Sebabnya apabila kita cinta dan takut kepada Tuhan, automatik, kita akan berkasih sayang sesama manusia. Allah campakkan dalam hati kita rasa kasihan kepada makhlukNya. Dan Allah limpahkan rahmatNya kepada kita, suka berbuat baik kepada orang. Akan terdorong dalam hati, rasa ingin membantu dan menghiburkan orang lain.





MENGIDAM BUAH IBADAH YANG SEGAR?

Apakah buah ibadah?

Itulah dia akhlak yang baik. Yang mana bukan sahaja kita selamat, tetapi kita menyelamatkan orang. Kebaikan kita lebat dan manfaatnya merata kepada orang lain. Orang dapat banyak manfaat dari kita. Orang dapat berbagai-bagai kebaikan dari kita.

Kita menjadi penghibur kepada orang dan orang terhibur dengan kita. Inilah sepertimana yang disebut oleh Rasulullah SAW :

“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak memberi manfaat kepada orang lain.” 

Apakah kita sudah jadi seperti itu? Kalau belum, elok “check” benih dan pokok kita tadi yakni ibadah yang kita lakukan. Apakah ibadah kita itu, ambil contoh yang utama seperti sembahyang, sudah betul?

Atau bimbangnya, sembahyang kita itu hanya luaran sahaja, tak melibatkan yang dalam. Sembahyang kita itu, fizikal sahaja menghadap Tuhan, tapi hati entah ke mana-mana. Dalam sembahyang, hati kita membesarkan dunia, bukan Tuhan. Bila mula sembahyang, kita melafaz Allahuakhbar, tetapi ia sekadar lafaz. Hati tak terasa sebegitu. Hati tidak hadir bersama dalam setiap lafaz dalam solat. Fikiran kita melayang entah ke mana. Mungkin di planet pluto?

Kalau benar sedemikian realiti sembahyang kita, mustahil ibadah kita itu dapat membuahkan akhlak. Agak sukar ia dapat melahirkan buah-buah mahmudah(sifat-sifat terpuji). Tidak hairanlah, dunia hari ini huru-hara dibuatnya. Manusia berkrisis di sana-sini, jiran-jiran tiada aman dibuatnya, sesama Islam dengki-mendengki hingga hilang kasih sayang, yang bukan Islam pula jelik dengan perangai buruk orang Islam.

Semua ini hanya boleh dielakkan jika benih dan pokok yang kita tanam itu tepat dan sesuai, hingga boleh mengeluarkan buah yang baik-baik. Itulah dia ibadah yang ada roh. Ibadah yang dilakukan atas dasar cinta dan takut Tuhan. Barulah nanti, buahnya adalah akhlak yang baik. Kita selamat, begitu juga orang lain. Masing-masing menghiburkan satu sama lain.





AKHLAK RASULULLAH SAW IALAH AL-QURAN!

Sebenarnya Allah SWT menciptakan manusia hanyalah bertujuan supaya mereka itu beribadah kepadaNya semata sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

" Dan tidak Aku ciptakan Jin dan manusia melainkan supaya mereka tunduk mengabdikan diri kepada-Ku."(Al-Zariat:56)

Persoalan akhlak juga amat dititikberatkan oleh Islam ke atas penganut-penganutnya. Malah ianya menjadi tujuan utama utusan Allah, sebagaimana sabda Nabi, mafhumnya :

"Sesungguhnya aku diutuskan ialah untuk menyempurnakan akhlak mulia".

Akhlak dalam Islam adalah bertitik tolak daripada pengabdian seseorang kepada Allah SWT dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Baginda adalah peribadi contoh terbaik. Semua perangai yang bertentangan dengan akhlak Rasulullah SAW adalah dikira tidak berakhlak. Firman Allah SWT. bermaksud :

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia. (Al-Rum:4)
Sayyidatina Aisyah r.a apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW baginda berkata :

"Adalah akhlak baginda SAW itu ialah Al-Quran".

Akhlak adalah umpama buah bagi pokok yang hidup subur, tanpa pokok tiadalah buah, begitu juga dengan ibadah. Tanpa ibadah tiadalah akhlak. Buah yang baik tentunya memerlukan pokok yang hidup subur, begitu juga dengan akhlak yang luhur tentunya memerlukan ibadah yang berkualiti dan dikerjakan secara berterusan. Jika ibadah seseorang itu teguh, teguhlah akhlaknya dan begitulah pula sebaliknya.

Oleh itu pengukur untuk menilai akhlak seseorang sama ada baik atau buruk, perlu dilihat kepada penghayatan seseorang terhadap kandungan Al-Quran secara keseluruhannya.


READ MORE

SAAT KAU SENTUH HATIKU



"Uwekkkk!!! Uweeekkkkkkkkkkkkkk!! Uweeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!" Tidak sampai 5 minit badan aku berjaya dikeluarkan daripada sebuah kantung berdarah, badan aku dilap dan dibungkus.

Seterusnya, aku mendengar suara garau mendendangkan gemersik azan di telinga kecilku. Hatiku tersentap dengan kalimah-kalimah yang dibisikkan. Aku tidak mengerti bacaannya tetapi bisa aku tenang mendengarnya. Hatiku tersentuh! Esakan aku tiba-tiba berhenti tetapi jantungku berdebar-debar seperti ada roh baru menyelinap ke saluran darahku.

Telah kusedari, itulah detik paling bersejarah dalam kehidupanku. Tanggal 31 Mei 1988 di mana aku telah dilamar sebagai seorang kekasih. Hatiku telah tersentuh dengan izinNya. Dia telah memilih aku sebagai ummat akhir zaman Nabi Muhammad SAW



KESAKSIAN HAMBAMU

Syahadah merupakan satu kalimah penyaksian, di mana ketika mengucap syahadah ini, kita mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ketika di alam rahim, kita semua telah membuat satu penyaksian, cuma apabila kita telah transit di alam dunia inilah, anak-anak yang diibaratkan sehelai kain putih suci lagi bersih bakal dicorakkan oleh ibu bapa.

Setiap kelahiran di dunia ini, lahir dalam fitrah Islamiyyah. Ibu bapa yang akan mencorak sama ada anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Apabila anak-anak tiba di alam dunia, maka bermulalah pengukuhan syahadah itu melalui laungan azan atau iqamat yang akan dibacakan oleh si ayah.




NUR SYAHADAH : SUATU PERJALANAN MENGENALI DIRIKU DAN DIRIMU JUA

Apabila kita melafazkan kalimah tauhid, syahadah itu akan datang sekali dengan tanggungjawab terhadap pengakuan yang dilakukan. Andai disorot kembali sirah sahabat-sahabat Nabi, bila saja mengucapkan kalimah syahadah, maka apa yang berlaku kepada mereka?

Apakah mereka hanya sekadar lafaz dan berpeluk tubuh?
Tidak. Hidup mereka berubah!

Hanya dengan satu lafaz syahadah, dunia bagai mahu kiamat. Gunung berapi bagai mahu meletup! Seolah-olah perang dunia ketiga bakal meletus.

Cuba kita lihat, apabila Bilal bin Rabah RA memeluk Islam, apa yang berlaku? Dia sanggup diseksa dengan dasyat sekali, diletak batu besar atas badan di tengah-tengah panas, diseret di atas batu-batu pasir yang panas membahang. Titik hidup dia berubah bila dia melafazkan syahadah. 

Ada apa dengan syahadah?

Sehinggakan apabila Saidina Abu Bakar As-siddiq RA mahu membeli Bilal yang pada masa itu masih seorang hamba, dia sanggup menawarkan hampir seluruh hartanya untuk membeli Bilal kerana dia tahu syahadah itu lebih mahal dan lebih tinggi nilainya.

Kita lihat pula sahabat Nabi yang bernama, Mus’ab bin Umair RA , yang dahulunya seorang yang sangat-sangat kaya. Kalau tengok dia, pakaian dialah yang termahal sekali antara orang lain, pewangi yang dipakai, memang tiada siapa yang boleh tandingi Mus’ab. Itu nak menunjukkan betapa kayanya dia sampai jarang orang miliki barang yang dia miliki.

Tapi hidup dia berubah dengan satu syahadah. Bila dia dah ucap syahadah, dia tak duduk diam. Dia pergi ke Madinah, sebarkan pasal Islam. Hampir semua pintu rumah diketuknya. Diceritakan hampir seluruh penduduk
Madinah memeluk Islam kerana dia. Sememangnya sahabat-sahabat Nabi dulu, bila dapat satu ayat, dia tak akan simpan. Dia akan terus sebarkan.

Kenapa dia boleh jadi begitu? Sebab mereka tahu, setakat mengaku, mengucap syahadah itu belum cukup, tapi harus dibuktikan dengan menyebarkan dan menerangkan kepada orang lain tentang kebenaran hukum Allah. Sahabat-sahabat Nabi, bila saja mendengar sepotong ayat Quran, mereka tak pernah simpan. Terus disebar-sebarkan. 

Bagaimana pula dengan kita?
Sudahlah islam yang kita anuti ini adalah warisan turun temurun daripada nenek moyang, sanggupkah kita hanya bergelar islam hanya pada nama? Islam hanya pada IC?


Menurut Syeikh Abdul Al-‘Ala Al Mardudi, seorang pejuang yang mahu mebina Negara Islam di India, katanya dalam satu ucapan :

"Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup. Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai agama (cara hidup) kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar ( pengakuan bahawa Tiada Tuhan yang tayak disembah selain Allah dan Muhammad utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja melafazkan syahadah ini. 

Perlu difikirkan, apa yang perlu kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini?





READ MORE

RAMADHAN SEMAKIN BERLALU, AKU SEMAKIN MALAS


Hati terasa pilu mendengar bacaan Tok Imam dalam solat terawih rakaat yang keempat. Benar-benar terkesan di jiwa akan bacaannya yang mendayu-dayu seolah-olah mengajak air mata untuk turun memaknai ayat yang diturunkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman.

" Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " .

Surat al-Qadar ayat 1 hingga 5 sudah cukup untuk mengingatkan kita bahawa bulan Ramadhan yang mulia akan meninggalkan kita. Ya, sudah saatnya untuk Ramadhan pergi. Dan aku ditinggalkan masih begini. Syaitan akan bebas sedang imanku masih rapuh manakala nafsuku terus membuas.

Air mata menitis laju tatkala terkenangkan adakah Ramadhan ini kali terakhir buat aku atau jika dipanjangkan umur untuk Ramadhan akan datang, adakah aku masih seperti sekarang?
Tiada penambahan iman, hanya sekadar melalukan rutin-rutin yang sudah biasa dilakukan pada Ramadhan yang lepas?

Apakah ibadah puasa yang telah dilakukan selama ini telah diterima oleh Allah?
Apakah layak diberi ganjaran pahala oleh Allah? Atau sekadar lapar dan dahaga?
Apakah semakin bersemangat beramal ibadah atau semakin lalai dan meringankan ibadah?

Apakah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini, diri semakin banyak membaca al-Quran, bersedekah, berzikir dan beristighfar?


Ataupun menghabiskan masa dengan membeli-belah, membuat persiapan hari raya yang berlebihan, meninggalkan sembahyang terawih, kurang membaca al-Quran dan berbual-bual kosong sehingga melupakan kelebihan di akhir Ramadhan?

Bagaimana pula Ramadhan ini mampu membentuk diri setelah ditinggalkannya nanti?
Inilah persoalan-persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri untuk sama-sama memuhasabah Ramadhan.





MALAS BERIBADAH, SEMANGAT BERSHOPPING


"Wan, jom kita gi solat terawih malam ni"
"Aku penatlah. Nak tido jap, siang tadi aku banyak berjalan, shopping baju raya"
"La...kan Ramadhan nak abes dah. Nanti dah tak leh solat terawih lagi"
"Takpelah..Bukannya wajib. Sunat pun. Aku dah mengantuk ni. Kau pergi je lah"

Di kala ini, kita sudah menghadapi fasa terakhir Ramadhan. Diibaratkan dalam pusingan akhir perlawanan bola sepak, pasukan iman masih bertungkus lumus berlawan dengan pasukan nafsu. Siapakah bakal pemenang?

Bagaimana pula puasa kita pada hari ini? Pada hari-hari yang lepas?
Adakah keimanan kita semakin bertambah atau semakin lemah dalam menjalani ibadah puasa tetapi bersemangat shopping raya?

Sebenarnya kita masih berlawan dengan nafsu kita sendiri walaupun di bulan ramadhan syaitan bercuti.
Hakikatnya, kita punya penyakit yang sangat bahaya iaitu malas, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini mentaliti masyarakat Melayu menganggap bulan puasa sangat meletihkan dan kita tidak mampu nak buat apa pun kerja.

Bagi mereka yang beriman, bulan Ramadhan adalah satu tembok yang tinggi untuk didaki.
Kenapa?

Kerana hanya hamba yang terpilih sahaja berjaya merentasinya.Mereka sedar bahawa bulan yang penuh barakah ini hanya datang sekali dalam setahun, dibiarkannya dengan keletihan dan kemalasan maka rugilah kita.



TAQWA : JANGAN BIARKAN RAMADHAN BERLALU PERGI

"Ada gembira di hati menyambut Aidilfitri dan melihat Ramadhan pergi, itukah tanda hati suci?" soal hati kecil.

Menyentuh soal taqwa, pelbagai cara kita boleh menghampiri ketaqwaan walaupun godaan dunia semakin hebat. Apabila Ramadhan hadir membuatkan diri terasa amat kerdil dan menyayangi Allah dengan sepenuh jiwa raga. Rasa kehambaan terpancar dari buah-buah ketaqwaan.

Tetapi Ramadhan tak akan tunggu tapi akan meninggalkan kita. Namun, andai taqwa masih bertakhta di hati, biarpun Ramadhan berlalu dan Syawal menjelma rasa cinta dan kasih kita kepada Allah tetap bercambah.





HAMBA ALLAH vS HAMBA RAMADHAN

"jadilah seorang HAMBA TUHAN bukannya HAMBA RAMADHAN" maksudnya jadilah kita hamba kepada Allah, bukan hamba kepada bulan Ramadhan. 

Tidak sepatutnya kita kuat beribadah hanya di dalam bulan Ramadhan sahaja namun seharusnya hendaklah sentiasa istiqamah.

Abdul Aziz bin Abi Daud berkata tentang para salafus soleh: “Aku mendapati mereka bersungguh-sungguh dalam beramal soleh. Ketika mereka telah melakukannya, mereka pun ditimpa kekhuatiran, apakah amalan mereka diterima atau tidak?”

Kita tidak boleh merasa cukup dengan amalan ibadah yang telah kita lakukan. Ingatlah bahawa di hari hisab kelak semua orang tak terkecuali akan merasa rugi dan menyesal, termasuklah orang-orang soleh. Mereka berangan-angan seandainya mereka dikembalikan ke dunia untuk beramal lebih banyak lagi dengan seikhlas-ikhlasnya.




LAILATUL QADAR : BERSEMANGATLAH DIRI!


Tidakkah kita terasa cemburu jika pada malam lailatul qadar, malaikat yang jumlahnya lebih banyak dari jumlah pepasir di muka bumi memberikan salam dan ucapan selamat kepada orang yang bersujud, bertadarrus, sedangkan pada saat itu kita enak dibuai mimpi indah selepas kenyang berbuka puasa dan moreh?

Atau mungkin masih membeli belah di tengah keramaian di mana kebanyakan manusia lalai dari mengingati Allah SWT,
larut dalam urusan dunia mengemas rumah,
atau bahkan melakukan maksiat?

Jadi sebagai seorang muslim yang komited dan sensitif dengan bulan Ramadhan, hendaklah kita meletakkan objektif khusus apa yang kita hendak capai pada diri kita apabila tamat Ramadhan kali ini.

Semoga dalam Ramadhan tahun ini kita termasuk orang-orang beruntung yang mendapat malam lailatul qadar dalam keadaan melakukan amal ibadah bersungguh-sungguh kerana Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada melakukan perkara-perkara makruh, lagha (tidak berfaedah) dan maksiat. Na’udzubillahiminzalik

Beringatlah dengan teguran pedas dari Malaikat Jibrail dalam doanya.

“Aku telah didatangi oleh Jibril dan berkata kepadaku: Wahai Muhammad!, barangsiapa yang telah mendapatkan Ramadhan namun dia tidak diampuni maka Allah menjauhkan dirinya dari rahmatNya, maka aku menjawab: Aamiin…” (HR Ibnu Hibban)

Jangan sampai kita termasuk golongan yang telah penat lelah berpuasa di bulan Ramadhan namun dosa-dosa mereka tidak diampuni. Itu adalah alamat kecelakaan sebagaimana doa Jibril yang telah diaminkan oleh Rasulullah SAW.

Selagi Ramadhan masih ada, selagi itu peluang mencari malam lailatul qadar masih ada
Selagi Ramadhan masih ada, selagi itu peluang menjadi "bayi baru lahir" selepas Ramadhan masih ada
Selagi Ramadhan masih ada, selagi itu peluang menjadi graduan Universiti Tarbiyyah Ramadhan masih ada

Ya, mudah-mudahan kita menjadi graduan yang lulus cemerlang dari Universiti Tarbiyyah Ramadhan ini agar dapat menjadi bekalan kita menghadapi 11 bulan yang mendatang sebelum bertemu Ramadhan yang akan datang sekiranya dipanjangkan usia kita lagi oleh Allah SWT.

Ini kerana tidak lain dan tidak bukan....kita masih tidak pasti sama ada kita berpeluang atau tidak menyambut Ramadhan pada tahun hadapan.






READ MORE

MENG-INOVASI-KAN DAKWAH


Uslub dakwah bukan hanya berpencak di atas pentas ceramah, bukan sahaja terpekik di corong-corong radio malah bukan sahaja dengan menghentak-hentak kaki keyboard komputer.




MENGISLAMISASI MEDIA

Pada zaman siber dengan berkiblatkan dunia internet, komik, kartun, animasi, poster dan seni gambar lainnya telah menjadi media komunikasi publik yang cukup efektif. Penyebaran budaya dan peradaban juga banyak dilakukan dengan menggunakan media ini.

Anak-anak dan generasi muda muslim kita, banyak menjadi mangsa korban kecanduan dan menjadi ketagih kepada produk media seperti ini, padahal rata-rata media yang menjadi santapan generasi muda, penuh dengan unsur-unsur pencucian otak dan pengkaburan akidah.

Daripada pertimbangan ini, tidak disangkal lagi bahawa media internet ini harus kita isi dengan saratan muatan yang berisi dakwah Islamiyyah, sehingga setidaknya kita mempunyai alternatif yang lebih baik untuk memalingkan dan melindungi generasi kita, terutamanya anak-anak kecil daripada pengaruh negatif komik dan kartun yang membawa misi bertentangan dengan ajaran agama dan akidah kita.





SEMARAK DAKWAH MELALUI POSTER

Setelah hampir sebulan lebih saya menulis entri bertajuk "HEBAT TAK BLOG SAYA" (klik) saya kembali sekali lagi untuk sesi koreksi diri.

Medium poster mahupun gambar dan komik dalam memeriahkan penulisan ada taring tersendiri.

Sebagai bukti, suka disertakan dengan satu contoh :

Di negara jiran kita sekarang sedang rancak dengan serangan pemikiran anak-anak kecil dengan produk "I Love My Al Quran" berkonsepkan penggunaan teknologi canggih. Satu inovasi pembelajaran yang dapat mendorong anak-anak Islam untuk lebih mencintai, memahami, dan menghayati Al Quran.

Yakni, cara yang paling tepat untuk membuat anak-anak mencintai Al Quran adalah dengan menggunakan bahasa mereka.

Di dalam Al Quran sendiri diperintahkan untuk menyampaikan pesan-pesan Allah kepada audiens "Menggunakan Bahasa Kaumnya" atau "Sesuai dengan tingkat pemikiran mereka" (biqadri 'uqulihim).

Li kulli maqam, maqal; wa likulli maqal, maqam.
Gambar, warna adalah bahasa anak-anak yang universal.

Gambar disini adalah "BAHASA" (sebagaimana bentuk bahasa lain, seperti bahasa verbal atau bahasa isyarat) yang kita gunakan untuk menyampaikan pesan-pesan Al Quran sesuai dunia anak.

Dengan pertimbangan inilah "I Love My Al Quran" dilengkapi atau dihiasi dengan bahasa visual sebagai salah satu media yang akrab dan menarik bagi anak-anak.





MENGINOVASIKAN BAHAN DAKWAH

Melihatkan permasalahan remaja pada hari ini, seharusnya para daie perlu merasa terpanggil untuk menyampaikan mesej tersebut melalui pendekatan yang lebih mudah difahami oleh golongan ini. Remaja memerlukan kefahaman yang lengkap mengenai sesuatu perkara dan melalui hasil karya, segalanya diterjemahkan dengan begitu tersusun serta lengkap dengan ilustrasi.

Pendekatan ilustrasi yang digunakan lebih berkesan untuk mereka memahami sekali gus memberikan impak jangka panjang kepada pembaca.

"Malah komik, illustrasi, gambar mahupun poster dapat merangsang otak kanan dan otak kiri secara serentak dan mampu menjadi bahan motivasi yang mapan, unggul dan berimpak" - Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal.

"Belajar sama ada belajar berdakwah dan belajar didakwah ialah salah satu proses menuju kejayaan dunia dan akhirat, tetapi tidak semua orang seronok melakukannya. Illustrasi bergambar mampu menjadikan pembacanya berasa seronok belajar dan tidak sabar menggenggam kejayaan.” - Fadzli Yusof, Penulis Buku Bestseller ‘55 Petua Orang Berjaya’

“Komik islamik menjadikan cabaran peperiksaan dunia satu kembara adrenalin yang mendewasakan, daripada sekadar kaki komik kepada otak komik gred islamik!” - Hasrizal Abdul Jamil, www.saifulislam.com

READ MORE

NAK LETAK STATUS "IN A RELATIONSHIP WITH" PUN BOLEH JADI ISU



Apakah makna yang tersirat di sebalik status "in a relationship with"?
Adakah ia haram atau merupakan satu andaian "ZINA INTERNET"?
Adakah ini salah satu cara orang Yahudi mengalpakan orang Islam dan apabila berterusan ia akan mengundang bala daripada Allah tanpa kita sedari telah melakukan kemurkaanNya?
Soalnya salahkah? Kenapa pula benda macam ni pun nak dijadikan isu?

Saya juga turut terasa terpanggil untuk menulis isu panas ini.




KERANA KAMU ADALAH CINTA HATIKU

Senang cerita "in a relationship with" sama maksud dengan "bercouple dengan" atau "bercinta dengan". Tak kisahlah couple islamik atau tidak.

Biasanya yang buat status ini mungkin :

1. Jujur
2. Suka berterus terang
3. Taknak orang lain usha dia
4. Serius tahap gaban dalam perhubungan mereka
5. Bangga dapat bercouple dengan si dia

Anda boleh pilih, anda yang mana satu?




KELIRU DENGAN ISTILAH "IN RELATIONSHIP"

Kalau golongan alim berkata "bercouple tu berzina" pasti ramai yang melenting!

"Ape pasal pulak?????"
"Ah!!! Sudah! Tak abes-abes nak menghukum tak tentu pasal"
"Jumud! Sempitlah pemikiran kau ni. Bercouple je, bukannye buat ape pun"
"Alimlah sangat. Tu dah melebih. Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak kecoh!"

Kalau yang versi bernada baik :

"Ish ish ish..Takkan laa sampai status 'in a relationship with' pun kita nak teruskan isbatkan sebagai zina. Boleh jadi 'in a relationship' tu dah bertunang ke, dalam proses bertunang ke. Berhati-hati la dengan was-was syaitan. Walaupun niat asal kita baik, tapi jika tak berhati-hati, kita terjebak dengan tipu daya syaitan akibat sikap melampaui batas. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita. Allahu a'lam"

Apa pendapat anda? Anda rasa bagaimana? Salahkah?




FAHAMILAH : ISLAM ITU CANTIK

Isunya, dan saya sendiri percaya kita semua sudah sedia maklum rata-rata pengguna FB meletakkan status "in a relationship with" adalah bercouple di usia remaja. Lingkungan umur seawal usia 7 tahun (darjah 1) hingga 30-an (dah bekerja tapi belum kahwin lagi).

Peringkat umur seawal 8 tahun hingga 20-an adakah golongan yang sedang dalam proses berkahwin?
Sudah mampu untuk berkahwin? Sudah bersedia untuk berkahwin?
Serius untuk berkahwin atau sekadar suka-suka?
Tengok orang lain ada pakwe makwe, kita pun nak.
Orang Melayu bukankah terkenal dengan budaya "suka mengikut"?

Dan cuba anda kaitkan :

Kenapa Islam suka sangat "menjaga tepi kain" umatnya?
Kenapa Islam terkenal dengan ayat 32 surah al-israa “Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”?
Bukankah bercouple mendekati dan menghampiri zina?
Bukankah kaedah mencegah lebih baik daripada merawat?

“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.” – ust hasrizal

Selanjutnya, sudilah membaca artikel "COUPLE ISLAMIK: WUJUDKAH?" (klik) yang telah saya tulis lama dahulu.




MANA SATU YANG WAJIB?

"Alimlah sangat. Tu dah melebih. Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak kecoh!"

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara yang "wajib" disebarkan?
Ilmu akidah? Solat? Soal ketuhanan dan keimanan? Ibadah?
Adakah hanya menyebarkan ilmu dan perkara-perkara yang wajib hanya tanggungjawab si alim?

Pernah dengar istilah "zina hati" tak?


"Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita".



Allah mengarahkan kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina. 

Bagaimana, anda setuju? Berlapanglah dada untuk sama-sama menginsafi.
Bukankah Islam itu sangat baik, sangat menjaga umatnya walau seremeh-remeh perkara?



ZINA : MENGELAK FITNAH

Pertanyaan :

"Adakah jatuh zina ke atas individu yang menukarkan status daripada "single" kepada "in a relationship with" jika dia punya reason tersendiri? Atas niat untuk mengelakkan diri daripada lalai dan alpa dengan menggunakan status "single" mahupun "in open relationship". 
Jadi bakal pemimpin yang akan memimpin bahtera kelak lebih bersedia, berjaga-jaga dan berwaspada daripada sebarang godaan. 
Bermakna bagi mereka, status-status tersebut membutakan mereka terasa yang mereka punya komitmen dan memikul tanggungjawab untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik supaya lebih bersedia kelak".

Sama juga. Jika masih "berdegil" dan obses sangat untuk menggunakan status "in a relationship with" mahupun "open relationship", silakan.

Tapi, macam biasa. Hidup mesti berprinsip. Bebas tidak bermakna terbabas.
Perlu melihat kepada niat, waqi' (situasi semasa atau tempat) dan kemudharatan, adakah fitnah akan berlaku?




LANGKAH PALING BIJAK


1. Guna status "in a relationship with" sama gender
2. Guna status "in a relationship with" berbeza gender tetapi MAHRAM
3. Guna status "married" atau "divorced"
4. Tak payah letak apa-apa status macam saya! Kerja paling senang, tak payah pening-pening kepala.
5. Pandangan anda?

READ MORE

CAMNE NAK SEMANGAT DALAM BELAJAR?



"Arghhh!!! Assignment lagi, bosanlah belajar! Masuk ni, dah 5 assignment pensyarah bagi. Mane satu aku nak siapkan dulu ni? Stress betullah!"

"Tak semangatlah nak belajar. Baca buku bukannya masuk, baik tengok TV lagi best. Takpun keluar jalan-jalan ke, tidur ke. Buat pening kepala nak watpe?"

"Mak, Ucu penatlah belajar, tak seronok langsung. Mak tak boleh paksa-paksa Ucu. Ucu tak minat bidang ni. Susah la. Senang-senang mak kahwinkan je Ucu ngan Abang Ehsan. Bolehlah makkk..."

Saban waktu kita sering mengeluh. Mengeluh dan mengeluh. Merungut semangat tidak kunjung jua. Motivasi diri tidak pernah di tahap memuaskan, hampir sahaja tidak stabil.




BELAJAR : MENGAPA TIDAK BERSEMANGAT?

1. Tidak minat!
2. Susah!
3. Selalu stress!
4. Tak suka dengan pensyarah!
5. Selalu gagal
6. Masalah peribadi (keluarga, boyfriend, kewangan)


Kenapa tidak minat pula?

1. Ibu bapa suruh belajar dan ambil bidang tersebut
2. Subjek susah nak skor
3. Pensyarah yang membosankan! atau garang!



DILEMA PELAJAR PERUBATAN

Bagi kehidupan seorang pelajar perubatan, masalah utama yang menjadi dilema untuk meneruskan pengajian pada peringkat permulaannya adalah paksaan.

Mungkin paksaan daripada ibu bapa, faktor ekonomi, sosial dan sebagainya. Mungkin juga berupa satu bentuk paksaan untuk mengubah nasib keluarga dan mengangkat darjat keturunan di mata masyarakat apabila berjaya menjejakkan kaki ke "kilang memproses doktor".

Itulah yang dinamakan kebanggaan duniawi!




KELIRU DENGAN NIAT 

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Gelaran pelajar perubatan di universiti terkemuka di tanah air memang cukup menyenangkan hati perut mak bapa. Namun, adakah dilema dan kekeliruan yang selama ini menghantui sudah berakhir?

Seringkali kita mendengar kes-kes senior pelajar perubatan walaupun sudah di tahun klinikal berhenti dan menukar kos. Tak kurang juga terpaksa masuk ward "psychiatry" kerana mengalami konflik diri atau stress yang melampau.

Itu adalah realiti!

Di manakah silapnya? Apakah puncanya? Bagaimana untuk mengatasinya?

Walauapapun kos atau bidang yang sedang kita ceburi, cuba cek balik apa niat kita?
Apa nawaitu kita? Matlamat serta pendorong utama kita?

Jika dahulu, di saat menjejakkan kaki ke menara gading kita adalah TERPAKSA
Jika dahulu, di saat mendaftarkan diri ke fakulti kita adalah HARAPAN KELUARGA
Jika dahulu, di saat menghantar borang kemasukan ke universiti pilihan kita adalah IKUT KAWAN




SEJAUH MANA KUASA NIAT?

Mungkin dalam fasa pertama kehidupan di universiti, kita masih kuat dan tabah kerana kita ada ayah ibu sebagai pembakar semangat, ada kawan-kawan di sekeliling dan paling istimewa punya kekasih hati sebagai teman di kala waktu senang mahupun susah.

Tetapi sampai bila ia mampu bertahan?

Mana tidaknya, setiap kali mendapat assignment kita merungut, setiap kali peperiksaan kita stress malah yang paling membimbangkan apabila melakukan kesalahan dan dimarahi oleh pensyarah kita berasa cepat "down" dan mula menanam sifat benci kepada pensyarah dan bidang tersebut!

Kita bukan robot yang boleh dikawal emosinya. Bukan juga robot yang tidak punya roh, semangat dan kekuatan ketuhanan.

Kita ada Tuhan yang Maha Berkuasa dan Maha Penolong.

Sedarlah, apabila kita memulakan sesuatu langkah dengan niat yang salah dan tidak besertakan Tuhan dalam gerak geri, itu bermakna kita melupakan Allah dan RasulNya. Dan itu juga bermakna kita adalah hamba yang sombong! Sombong sebagai hamba yang kerdil tetapi malas meminta-minta daripada Tuhan yang menciptakannya.
Sedarlah jua, semangat dan motivasi belajar hanya dicampakkan Allah ke dalam jiwa-jiwa yang haus dan dahagakan ilmu. Hati mereka benar-benar ikhlas dalam berjuang menuntut ilmu tanpa mengharapkan sebarang balasan apatah lagi pujian. Di mana keberkatannya melimpah tatkala ilmu tersebut diamalkannya, dikongsikan bersama dan diajar kepada mereka yang tidak mengetahui.

Perlu ditanam di dalam kepala, tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari merupakan penyebab hilangnya keberkatan ilmu, seperti yang dikatakan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab :

"Kewajiban setiap muslim dan muslimah adalah mempelajari 4 perkara, yang pertama ilmu, kedua mengamalkannya, ketiga mendakwahkannya, keempat sabar dalam menghadapi gangguan ketikan mendakwahkannya”.

Mungkin sudah tiba saatnya, kita mulakan kamus hidup yang baru. Memperbaharui niat dengan membunuh penyakit "keliru niat". Cekalkan hati, satukan matlamat. Kita belajar kerana beribadah kepada Allah, ini adalah medan jihad kita sebagai seorang pelajar.

Jika di Palestin anak-anak berusia sebaya dengan kita berjihad dengan mengangkat batu dan senjata. Kita di Malaysia, hanya perlu mengangkat pena dan kertas. Bahkan anak-anak Palestin berjihad bermandikan darah dan air mata, kita di Malaysia hanya bermandikan peluh dan kadangkala kurang tidur.

Payahkah?

Ambillah peluang di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, kita bersihkan diri dan kembalikan niat baik dalam menuntut ilmu.

Ramadhan sebagai pemangkin perubahan. Satu titik tolak dimensi kehambaan yang luar biasa. Kita harus memulakannya.

Cuti semester semakin habis tetapi bagaimana pengisiannya?
Bersemangatkah kita bila naik semester nanti? Sudah ada azam yang baru?

READ MORE

NILAI SEGELAS AIR KOSONG


Tahukah anda sedekah apa yang paling mudah?
Tidak hanya dengan wang, makanan, senyuman malah dengan air kosong pun boleh disedekahkan?

Dan tahukah anda dengan sedekah air kosong sahaja boleh melayakkan diri kita ke syurga?
Pernah mendengarnya kisahnya?



KISAH SAHABAT NABI SAW

Dalam kitab Al-Mawaidh Al-‘Ufuriyah diceritakan, suatu hari Ali bin abu Thalib hanya mempunyai wang sebanyak 6 dirham. Dengan wang itu beliau ingin membelikan makanan buat kedua anaknya, Hasan dan Husain. Namun tiba-tiba ada seorang peminta sedekah yang mengadu kepadanya bahawa dia sangat miskin. Lalu serta merta Ali bin Abu Thalib memberikan semua wangnya.

Ketika pulang dengan tangan kosong, istrinya Fatimah Az-Zahra pun menanyakannya. Ali kemudian menjawab bahawa wangnya telah dipinjam oleh Allah SWT.

Tak lama kemudian Ali menemui Nabi SAW. Di tengah jalan beliau bertemu dengan seseorang yang sedang menunggang unta. Orang itu lalu menawarkan untanya kepada Ali.

“Aku tak punya wang,” jawab Ali.
“Bayarlah di kemudian hari bila engkau sudah punya wang, dengan harga 100 dirham,” kata lelaki yang tak dikenalnya itu.

Ketika Ali sedang menunggang untanya, ia bertemu dengan sekumpulan lelaki, dan menawar untanya dengan harga 300 dirham. Tanpa fikir panjang, Ali pun menjual untanya itu. Wang 100 dirham lalu diberikannya kepada lelaki pertama, manakala bakinya menjadi miliknya.

Ketika kemudian Ali menghadap Nabi SAW, baginda pun menjelaskan bahawa lelaki pertama tadi adalah malaikat Jibril, sedangkan lelaki kedua adalah malaikat Mikail. Agaknya itulah yang dimaksud dengan sedekah yang dilipat gandakan oleh Allah SWT, kerana menurut nabi sedekah itu mengundang datangnya rezeki

Sedekah kepada kaum dhuafa (khususnya fakir miskin) adalah ubat penyelamat. Nabi mengatakan, "ubatilah penyakitmu dengan sedekah!” 



BERSEDEKAHLAH WALAU DENGAN AIR

Sedekah, menurut Nabi SAW, juga melembutkan hati yang keras. “Barangsiapa mengalami kekerasan hati,” sabda baginda, ”Hendaklah memperbanyakkan sedekah”. “sedekah itu dapat mengelak bala musibah serta dapat memanjangkan usia,” tambah beliau.

Untuk bersedekah seseorang tidak perlu menunggu kaya, bahkan menurut Nabi SAW, "sedekah yang paling utama adalah dengan memberi air minum putih kepada orang lain", jika kita hanya memiliki air putih untuk diberikan.

Diriwayatkan, ada seorang wanita pelacur yang diampuni dosa-dosanya kerana menyelamatkan seekor anjing yang kehausan di padang pasir hanya dengan memberi minum.

Kita tentu sahaja dapat memulai dengan sesuatu yang kita miliki walau sekecil apapun. Sentiasalah beringat pesan Nabi kita :

"Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”

Dari hadis berkenaan membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan sebelum mata tutup buat selamanya.

Jika kita sedekahkan Al-Quran atau sejadah untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap sampai kepada kita. Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar terutamanya di bulan Ramadhan al-Mubarak.



READ MORE

NASIB REMAJA DI TANGAN KITA

Masyarakat kita telah rosak semuanya. Termasuk umat Islam.
Kitalah yang bertanggungjawab untuk membaikinya. Sama-samalah berusaha membaikinya.
Tidak ada orang lain lagi yang hendak bertanggungjawab

Kalaulah bumi boleh berbicara, sudah lama ia akan menceritakan aksi-aksi lagak ngeri. menjijikkan dan memalukan para remaja kita.


Kalaulah bumi boleh menangis, sudah lama ia akan mengatakan bahawa ia sedang menangis menyaksikan bagaimana kehidupan manusia yang menumpang di atas bumi Tuhan ini sudah huru hara dan menyimpang jauh daripada landasan islam.

Dimana-mana susah mencari selamat. Yang lebih menyedihkan lagi adalah di mana kerosakan dunia dan gejala sosial yang berlaku majoritinya melibatkan remaja remaja, muda mudi muslim yang pada pundaknyalah patutnya ada masa depan yang kena dipikul. Mereka adalah bakal pengganti kepada generasi yang ada.

Kalau mereka tidak bersiap dari sekarang, maka kerosakan akan berlanjutan beratus tahun ke hadapan. Maka hancurlah masa depan dunia.

Sungguh menyedihkan bila mana kita bayangkan "Dimana anak aku? Dengan siapa dia bersama sekarang? Apa dia buat?".

Ramai orang tua yang menyedari bahawa walaupun anak-anak mereka hidup dalam satu rumah dengan mereka, ternyata anak-anak mereka sudah sangat jauh hubungan hatinya dengan ibu dan ayah, masing-masing dengan kehidupannya sendiri.

Data terkini yang mengejutkan dari sumber kementerian kesihatan menyatakan bahawa 80% dari remaja di negara ini sudah rosak. Ertinya tinggal 20% saja yang tidak rosak. Bila dikatakan tidak rosak, belum tentu mereka juga tidak bermasalah. Sebab bila mereka baik yang tidak ditunjang iman, maka tidak ada jaminan mereka akan selamat bila mereka pun terdedah dengan berbagai kejahatan.

Ramai para cerdik pandai, pemikir-pemikir dunia, para pemimpin, yang telah mencari jalan keluar dari masalah besar ini, namun sayang kebanyakannya menggunakan akal semata, dan lupa untuk merujuk permasalahan ini pada Tuhan. Sehingga nampaknya permasalahan bukan berkurang bahkan terasa semakin parah menghimpit rasa dan harapan manusia.




DI MANA SILAPNYA?

Punca segala masalah di dunia ini sebenarnya adalah kerana manusia sudah lupakan Tuhan. Bila manusia lupa Tuhan, Allah datangkan berbagai peringatan. Kini, kerosakan di dunia bahkan sudah mengalami jalan buntu. Tidak ramai orang yang mencari jalan penyelesaian dengan merujuk pada Tuhan.

Musuh itu, ibarat tidak dapat taring, tanduk dipulas. Azam Yahudi kepada umat Islam ialah kalau tidak dapat bapa, dia pastikan dapat anaknya. Tentu kita yang ada Allah dan Rasul, ada kekuatan yang lebih besar daripada Yahudi itu. Setiap hari lima kali sehari semalam, kita wajib mengaku kepada Allah bahawa sembahyang, ibadah dan hidup mati kita adalah untuk Nya.

Perlu disedari bahwa sebenarnya kita sedang berhadapan dengan kenyataan bahawa remaja-remaja hari ini telah ditawan oleh musuh dalam serangan ideologi, peperangan minda, politik, kebudayaan yang sedang begitu gawat. Mereka menggunakan seluruh senjata canggih untuk menepati kehendak mereka seperti menggunakan media masa, menaja pergaulan bebas, program hiburan dan kegiatan sosial yang sangat menarik sehinggakan kita bagai putih mata kerana kebenaran sering tewas dalam pertarungan ini.

Sebagai manusia yang bertanggung jawab, semoga kita bukan memilih hanya sebagai pemerhati saja. Sebaliknya kita perlu ingat bahwa Tuhan akan bertanya pada kita dengan apa yang telah kita buat, yang juga yakin bahawa kebangkitan Islam pasti berlaku bermula dari sebelah Timur, maka kita mesti memulakan satu usaha yang amat serius untuk pastikan kita akhirnya akan memenangi peperangan ini, sehingga manusia mahu mengembalikan cinta kepada yang sepatut dicinta, iaitu Tuhan yang Agung.

Rasulullah berjaya menarik orang-orang Musyrikin Mekah untuk mencintai Allah dan meninggalkan cinta lama mereka. Menukar hati daripada kecintaan asal kepada kepada cinta yang baru (cinta Tuhan) itu hanyalah kerja para Nabi. Keadaan dunia yang sudah buntu tidak akan dapat diselesaikan kecuali dengan didatangkan wakil Tuhan yang akan membawa ilmu dan kaedah yang agung yang sangat berbeza daripada kaedah hasil perahan akal manusia yang paling cerdik sekalipun.



RESOLUSI SUDAH ADA, HANYA PERLU PRAKTIS

Semoga panduan yang termaktub dalam Al quran dapat mendorong kita untuk lebih bersungguh-sungguh lagi mencari pemimpin yang Tuhan kirim untuk menyelesaikan masalah pendidikan dan seluruh aspek kehidupan di dunia ini, sehingga Tuhan segera berikan satu kehidupan yang aman damai berkasih sayang serta selamat hingga di akhirat nanti. Amin.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami teguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja yang zalim) lalu mereka berkata; 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: Kami sesekali tidak akan menyeru Tuhan yang lain daripada-Nya, sesungguhnya kalau kami (mengucapkannya) maka sebenarnya kami telah mengucapkan perkataan yang amat jauh daripada kebenaran."

Moga anak remaja pada masa kini akan menjadi golongan pemuda dan pemudi yang berani mempertahankan akidah dan menyubur tegak di atas tapak akidah yang kuat (tauhid) dengan akhlak yang terpuji. Tanamkan keyakinan kita kepada Allah sebagai faktor ghaibiyyat adalah mutlak. InsyaAllah.

READ MORE

IZINKANLAH TULISANKU MEMBENTUK DIRIKU DAN DIRIMU JUA


"Kenapa saudari menulis blog?" suatu hari saya ditanya oleh penceramah dalam slot bengkel penulisan anjuran kerajaan Selangor. Penceramah tersebut ialah tauke besar syarikat iluvislam.com

"Saya ingin berdakwah," ringkas sahaja jawapan saya tidak mahu mengolah seperti biasa.

"Kepada siapa?" tanya si penceramah lagi.

"Kepada remaja, amnya kepada semua lapisan masyarakat"

"Saudari perlu mempunyai golongan target yang jelas," balas beliau. Saya faham maksud tersirat yang ingin disampaikan. Dakwah memang memerlukan strategi yang jelas, termasuklah golongan target agar cara penyampaian dan pendekatan lebih efektif dan praktikal.

"Berapa kerap saudari update blog?" tanya beliau lagi. Kali ini saya nampak muka beliau seperti wajah yang berharap.

"Tengoklah......kalau tak bz dalam satu hari boleh sampai 5 post", jawapan saya dibalas dengan suara-suara audiens yang terkejut dan kagum.

"Sebenarnya lebih daripada 10 post pun ada..." bisik hati saya.




KENAPA MENULIS BLOG?

Orang macam saya jangan disangka seperti malaikat.
Jangan disangka apa yang ditulis melambangkan peribadi penulis, mungkin jauh berbeza.
Jangan disangka saya tiada niat lain, mungkin ada kepentingan tersendiri.

Tak usah menjadi peminat blog saya. Tak usah meminati penulisan saya.
Dan paling penting, sikap dan mentaliti yang perlu ditegur, tak usah mengenali siapa si penulis.
Jika penulis seorang pencuri, pembunuh mahupun penipu biarkanlah dia menulis asalkan berfaedah.

Anda rasa bagaimana?

Saya percaya anda sudahpun membaca entri "HEBAT TAK BLOG SAYA" (klik) bahawa telah saya isytiharkan satu dunia bahawa tujuan saya melakar sejarah berdakwah dengan serangan poster adalah semata-mata mengetuk pintu hati manusia ke arah penghijrahan mencari hidayatullah.

Benar. Saya tidak tipu.
Tapi anda harus bersifat skeptikal!


Bukan semua perkara adalah percuma di zaman moden sekarang! Lebih-lebih lagi saya seorang pelajar perubatan yang sangat sibuk, mana mungkin saya sanggup melepak di sini dan menghabiskan masa berjam-jam untuk menulis dan membuat poster! 

Mendebarkan bukan?
Yup. Menulis perlu strategik. Bukan mudah dan sangat mencabar.




MENULIS UNTUK MEMOTIVASI DIRI

Orang cakap ni ala "3 in 1". Menulis blog untuk berdakwah, muhasabah diri dan memotivasi diri.

Anda jangan fikir dunia yang sedang dialami oleh pelajar perubatan, ahli gerakan, pemimpin persatuan, naqibah, anak sulong mahupun aktivis punya masa untuk melayan dunia blog.

Dunianya penuh sesak lagi menyesakkan. Hampir tiada bantuan oksigen untuk ruang bernafas. Memikirkan itu dan ini. Mahu insomnia sepanjang malam. Namun, bagaimana digagahkan hatinya untuk keluar dari penjara penyeksaan tersebut?

Bagaimana dia istiqamah, itu soal utama.
Persoalan pengurusan masa masih menjadi isu panas.
Tetapi ada tips yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama.

Entri atau idea berbisa? Jawapannya tahajjud.
Entri yang bersemangat? Jawapannya menulis dengan jiwa yang berkobar-kobar.
Poster menarik dan tertarik? Jawapannya hobi mengumpul gambar, kata-kata dan "font"
Idea melimpah? Jawapannya pengalaman.





MASALAH SAYA : LIMPAHAN IDEA

Pelik. Kebanyakkan para blogger menghadapi masalah kekeringan malah kekontangan idea, namun saya di sebaliknya. Maksud saya, apabila mahu menulis sesuatu entri, saya akan mengalami masalah menguruskan idea yang banyak.

Terlalu banyak yang boleh dihuraikan dan diolahkan menyebabkan entri tersebut menjadi panjang. Entri yang panjang tidak berapa efektif terutamanya bagi golongan remaja yang tidak gemar membaca. Entri yang bagus adalah padat dan ringkas tetapi sarat dengan pengajaran dan amat terkesan. Namun, bergantung juga pada perspektif pembaca yang berbeza.

Apakah puncanya? Langkah penyelesaian?

Soalan ini telah saya kemukakan kepada penceramah bengkel penulisan, namun hanya diri saya dan Tuhan yang mengenal siapa dan bagaimana diri saya. Jawapan penceramah tersebut kurang memuaskan hati saya.

Sebelum menguruskan blog ini, saya telah menjadi blogger tegar untuk blog diri sendiri yang telah di"delete" dan 2 blog persatuan yang telah diambil alih.

Cuba pembaca bayangkan dalam sesuatu masa anda harus mengendalikan 3 blog secara serentak. Satu blog persatuan tersebut berunsurkan siasah (politik) dan satu lagi berunsurkan agama.

Namun sepanjang proses mengendalikannya, blog politik paling mencabar dan sangat susah, lebih-lebih lagi jika baru setahun jagung dalam dunia siasah. Anda harus cepat mematangkan otak dengan "critical thinking", berfikir luar kotak, berfikiran futuristik (jauh ke depan), dan paling penting pandai mencipta dan bermain dengan isu. Tidak jemu "brainstorming" sesuatu yang baru.

Ini adalah pengetahuan am dan "added value" bagi mereka yang suka mencabar keselesaan diri. Menguruskan masa, emosi dan kesibukan bukan perkara yang mudah. Setiap hari blog persatuan tersebut perlu di"update" dengan entri yang menyelerakan buat seisi warga kampus dan punya mesej tertentu yang ingin disampaikan.

Contoh, siapa sangka dengan hanya satu post di dalam blog, mampu mengubah keputusan pilihanraya? Malah mampu mencipta sejarah setelah 6-7 tahun tidak menang.
Dan siapa sangka impian biah solehah mampu tertunai dengan ledakan informasi dakwah di segenap ceruk universiti. Hanya tanya pada diri, "anda mahu?"

Benar. Pengalaman banyak mengajar dan mentarbiyyah (mendidik) diri. Jangan biarkan pengalaman hanya secoret kenangan terindah di lembaran-lembaran kamus kehidupan, hidupkan ia semula dengan menguruskannya dengan kaedah tertentu.

Blog peribadi punya cabang olahan tajuk yang boleh menjangkau di segenap sudut kehidupan. Tapi biarlah ada sedikit perancangan dan mengaturnya agar tampak lebih sistematik.




SOAL HIDAYAH 

Orang kata, jika kita ingin lihat "eksperimen" atau sesuatu usaha yang kita lakukan berhasil atau tidak, kita perlu lihat bagaimana hasilnya. Saya tidak boleh cek diri setiap pembaca untuk menilai keberhasilan setiap ilmu yang dikutip di dalam blog ini. Sudah tentu sahaja ini bukan eksperimen yang boleh dicuba jaya. Tentang soal tersebut, hanya Allah tempat berserah, Dialah yang paling layak untuk membentuk jiwa kita seperti yang Dia inginkan.

Kita sebagai seorang hamba hanya mampu menggarap dan menghadam hidayahNya yang bersepah-sepah di merata tempat. Cuma kita izinkan atau tak ilmu dan peringatan tersebut membentuk diri kita.




IZINKANLAH 

Walaupun menulis untuk memotivasikan diri sendiri atau pun untuk membangkitkan semangat yang semakin patah dek dimamah rakus oleh sang dunia, namun.....

Izinkanlah penulisan biasa-biasa ini mengetuk pintu hati saudara saudari 
Izinkanlah penulisan dari tangan yang penuh berdosa ini mampu menggoyangkan imanmu
Izinkanlah penulisan hambar ini membentuk diriku dan dirimu jua
Izinkanlah penulisan ini mengganggu kehidupan seharianmu, hadir dalam mimpimu sekaligus bertakhta dalam hatimu. 


Izinkanlah....




READ MORE

TAKBIR YANG SEBENARNYA



Dr. Raghib As Sarjani pernah menyebut dalam satu kuliah-kuliahnya yang berkait soal solat jemaah di kala subuh, "Salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat".

Atas dasar apa orang Yahudi itu berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun, jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.

Terfikirkah kita, pada tahun 80’an pernah berlaku sebuah demonstrasi di negara akibat dari terjadinya satu tragedi besar dalam dunia Islam. Tentera Soviet Union (yang belum berpecah seperti sekarang) telah menyerang Afghanistan.

Pada ketika itu Nur Muhammad Taraki, Babrak Karmal dan lain-lain tali barut komunis telah menjadi musuh yang “menjemput” tentera Rusia menjajah Tanah Air mereka sendiri. Pelajar-pelajar Islam di universiti tempatan ketika itu bangun melancarkan demonstrasi. Para pemimpin pelajar telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada Komunis Rusia. Bendera Soviet, patung Breznev dan Babrak Karmal telah dibakar.

Ucapan yang berapi-api telah disambut oleh jeritan, “Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!” telah bergegar di padang tempat berlakunya protes dan tunjuk perasaan.

Tiba-tiba keesokan harinya, sewaktu matahari sedang terpacak di langit yang paling tengah dia masih tidur lagi malah belum solat subuh pula.

Berhasilkah natijah demonstrasi semalam dengan melesukan diri dari perkara yang paling utama, wajib iaitu solat Subuh berjemaah, sedangkan waktu semangat yang memuncak, bagaikan semua telah bersedia untuk dihantar ke Afghanistan untuk membantu Mujahidin bagi melancarkan jihad?

Ke mana perginya semangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allah hu Akbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratul Ihram.

Juga terfikirkah kita, pada tahun 90'an sebuah demonstrasi rakyat Malaysia pernah berlaku akibat dari seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tokoh negara, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilucutkan jawatan kerana tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Termasuklah tragedi yang menimpa kepada Al Marhum Dato' Ishak Baharom, Mufti Selangor yang sangat kita sanjungi kerana keberanian dan tindakan wajarnya

Negara waktu itu kembali bergegar dengan laungan reformasi, jeritan bebaskan kehakiman di Malaysia, pulihkan demokrasi, hormati institusi ulama' dan sebagainya. Demonstrasi itu tidak salah, tetapi wajarkah pada keesokan harinya, kita tertinggal waktu Subuh berjemaah? Lantaran kepenatan semalaman menjerit dan berteriakan.

Ke mana perginya semangat berkobar-kobar semalam? Tiada lagi jeritan BEBAS dari keempukan bantal yang diperhambakan. Tiada lagi laungan supaya menghormati nasihat dan pesan ulama. Adilkah kita dengan kewajipan yang khusus Allah letakkan kepada diri kita? Terlunaskah demokrasi yang sewajibnya kita lakukan terhadap diri kita dahulu? Dan terfikirkah kita, 2-3 tahun sebelum ini kita pernah marah dan melonjakkan perasaan tersebut di demonstrasi jalanan. Kita berteriak dengan perkataan hancur dan jahannam Israel!! 

Disebabkan kekejaman mereka, kezaliman Levni dan Olmert menghancur-lumat penduduk yang sah menghuni di Palestin. Bendera Israel dipijak-pijak, dibakar-bakar, dikoyak-koyak bagai perca kain yang bertaburan. Tetapi malangnya, pada keesokan hari kita masih terkandas Subuh berjemaah.

Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? 
Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung?

Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh secara berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

Tidak salah membakar bendera negara yang menzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan, selimut kejam yang menghalang kita dari bangun untuk solat Subuh berjemaah?

Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam, menyatakan yang hak ditengah-tengah umat supaya mereka berjaga-jaga dari bahayanya. Tetapi alangkah baiknya jika suara itu juga digunakan untuk bertabiratul Ihram dalam saff yang sama bersama imam, yakni solat Subuh secara berjemaah.

Mampukah orang yang “liat” bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah? Atau musuh yang berselindung membenci agama Allah, jika kita sendiri masih berselindung di lipatan-lipatan selimut yang berkerak-kerak?

Marilah kita renungi dua hadis ini, pesanan untuk diri ini terutamanya :

1). Rasulullah SAW telah bersabda : “Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak seperti yang tertera dalam hadis Abu Daud dan Tirmizi) maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam semalam penuh” (HR Muslim).



2). Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak” (HR Ahmad dan An Nasa’ie)


sumber : tarbawi.my


p/s : artikel ini ditulis ketika demonstrasi BERSIH 2.0 semakin hampir dengan tarikh keramatnya, untuk memberkati keberhasilan sesuatu perkara atau pekerjaan termasuklah demonstrasi aman BERSIH 2.0, perlu didahulukan perkara yang wajib terutamanya demonstrasi suboh, yakni solat suboh berjemaah dan sebaiknya di masjid

READ MORE

CARA MENEGUR ORANG


"Pergi mampuslah! Kau nak tegur aku macam kau tu baik sangat!"
"Kau ingat manusia macam malaikat ke? Biasalah buat salah sikit, nanti taubatlah. Tak payah kau sibuk-sibuk nak tegur aku. Jaga tepi kain kau tu dulu"
"Lain kali kalau nak tegur aku guna bahasa baik sikit boleh? Macamni ke perangai orang sekolah agama, sama je ngan budak tak sekolah!"


MENEGUR ORANG

Mungkin kita sudah biasa dengan sepotong hadis Rasulullah SAW :

“Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lisan, jika itu juga di luar kemampuannya, maka cegahlah dengan hati, sesungguhnya ia(mencegah dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman”

Dan kita juga sering diingatkan agar menegur secara berhikmah.
Soalnya, bagaimana 'hikmah' yang dimaksudkan?
Adakah menegur dengan hikmah itu harus dilakukan secara lemah lembut atau..?

Surah Thaha ayat 44 yang bermaksud :
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.

Suka untuk dikongsikan bersama mengenai artikel bertajuk, 'At-tasawwur al-haraki li al-'amali al-islamiy' karya Almarhum Ustaz Fathi Yakan, mengenai bab kritik (teguran) kaedahnya yang syari'e:

"Adalah lebih baik bagi saudara yg memberi nasihat (teguran) kepada saudaranya secara keseorangan (face to face) kerana yang demikian lebih berkesan dalam dirinya dan lebih selamat dari dimasuki syaitan. Benarlah kata Saidina Ali; 'nasihat di hadapan orang ramai adalah paluan' "
"Lebih baik bagi saudara yg memberi nasihat kepada saudaranya dengan beradab, bersopan dan merendahkan suara.....berapa banyak perkataan yg tidak dapat diterima oleh manusia telah menjadi dendam dan permusuhan dan menyebabkan putusnya hubungan persaudaraan."
"...sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu...." (Ali 'Imran : 159)
"berkasar dan lepas cakap dalam kritik dan memberi nasihat membawa kepada penutupan pintu hati dan telinga. sementara berlemah lembut dapat membuka perasaan untuk mendengar nasihat dan memberi kesan dalam jiwa"

Jadi, teguran mana yang lebih baik?
Melalui orang tengah yang dikatakan secara hikmah atau tegur secara 'direct' dan mengaplikasikan hikmah?

Kita renung semula jawapan fleksibel yang telah lama Allah bagi dalam surah An-Nahl [16] ayat 125 :

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Kata-kata hikmah adalah kata-kata terpilih, yang paling utama di antara yang baik. Orang yang berdakwah, menyeru dengan hikmah, adalah orang yang menyeru dengan cara terbaik di antara cara yang baik. Termasuk saat memberi kritikan."

READ MORE

TERCABAR DENGAN KESABARAN


"Woi, sabarlah! Kau ni pun jangan ikutkan perasaan sangat. Kan bulan puasa ni"
"Ape? Kau ingat sabar aku ni takde batas ke? Sabar pun ada batasnye lah!"
"Ala...aku cakap sabar, sabar je lah. Biar Tuhan je balas apa yang dia buat kat kau"


SABAR : DI MANA BATASNYA?

Mudah sahaja mengungkap perkataan sabar, tetapi bagaimana pula praktikalnya?

Orang selalu cakap, “sabar ada batasnya”, “habis kesabaranku”, “sesabar-sabarnya orang, akhirnya tak tahan juga”.

Apa atau di manakah sebenarnya batas kesabaran yang dibenarkan dalam Islam?
Apakah perkataan yang demikian itu dibenarkan dalam Islam?

Saat Rasûlullâh SAW marah ketika mendapat kekeliruan besar yang dilakukan oleh sebahagian sahabat, apakah bererti baginda telah kehabisan kesabarannya?

Tentu saja tidak.

Begitu pula ketika baginda SAW harus bangkit membuat perlawanan terhadap musuh atas izin dan perintah Allâh Ta'âla. Justeru hal itu merupakan salah satu bentuk pendidikan kesabaran yang paling berharga.

Bersabar untuk marah, atau marah dalam kesabaran adalah perkara yang tidak mudah.

Umumnya orang marah kerana menurutkan hawa nafsu tidak puas hatinya. Tetapi, tidak sedemikian rupa dengan yang diamalkan oleh Nabi SAW dan disampaikan kepada umatnya.

Itulah yang disebut, marah kerana Allâh Ta'âla, bukan kerana menurutkan hawa nafsu. Marah yang demikian adalah beban yang hanya akan terlaksana jika dilakukan dengan sabar. Seorang muslim yang tidak lagi marah melihat kemusyrikan, bid’ah dan kemaksiatan bermaharajalela di muka bumi, sedikitnya merupakan orang yang tidak punya kecemburuan terhadap Islam. Dan ia termasuk orang yang tidak memiliki kesabaran untuk marah terhadap kemungkaran tersebut.




SABAR TIADA  NOKTAHNYA

Sabar sesungguhnya merupakan salah satu sifat mahmudah dan ajaran Islam yang agung, namun sangat berat. Bersabar untuk marah, bersabar menahan amarah, bersabar untuk selalu istiqamah memgikut ajaran Islam sesuai dengan sunnah Nabi SAW dan para sahabat. Bersabar untuk tidak tergesa-gesa, bersabar untuk tidak menyimpang, bersabar untuk menjauhi larangan, mahupun bersabar menerima musibah dari Allâh Ta'âla, semuanya merupakan perkara yang berat.

Itulah sebabnya, orang yang sabar pasti selalu disertai oleh Allâh Taala.

Hikmah sifat sabar dapat kita pelajari melalui ayat-ayat Al-Quran sepertimana berikut:

“Orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh kelak akan kami masukkan ke dalam syurga...” (QS An-Nisa: 122)
“Barang siapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya...” (QS Al-An'am: 160)
“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (QS Hud: 11)

Bersabarlah dalam mempertahankan kesabaran! Dan beruntunglah orang-orang yang sabar.


READ MORE

JUJURLAH DALAM BERCINTA


Hati begitu berat sekali untuk berkata jujur mencintai
Terasa benar tidak jujur dalam perhubungan, tidak jujur dalam cinta
Kerana ada sahaja melakukan khianat dalam setiap perkara
Janji tidak ditepati
Kata tidak dikotai


CINTA DAN KEJUJURAN

Bukan cinta untuk jujur tetapi jujur untuk cinta.

Kejujuran adalah roh dari cinta itu sendiri. Dia merupakan bahan dasar dari cinta itu sejatinya.Kejujuran adalah sisi lain dari sisi cinta yang tidak boleh kita hilangkan.

Maka jika tak jujur, itu tanda kita tak cinta lagi. Disinilah kita harus menyelami samudera niat kita selama ini

Untuk apa kita solat?
Untuk apa kita berpuasa?
Untuk apa kita berdoa?

Jujurlah pada nurani yang halus itu agar jika niat kita selama ini salah. Selama ini tak jujur, bisa kita perbaiki, bisa kita bangun lagi dari titik tolak penumbuhan cinta! Bila berakarnya cinta seri di muka akan tampak menyerlah malah menghangatkan perhubungan.



SAATNYA MELUKIS CINTA

Saatnya melukis cinta itu. Jika kata adalah sepotong hati, maka ingin berkata, yang terjalin dari huruf-huruf dalam nurani. Untuk menjadi doa sepertiga malam di sejadah buruk, waktu dan tempat pertemuan yang paling terindah.

Agar Kau selalu menghadirkan di hati tentang cintaku padaMu duhai Khalik
Agar pula Kau tahu, bahawa selamanya aku mencintaiMu
Agar Engkau selalu melihat sinar cinta dimataku
Agar Kau paham dan mengerti setiap kata yang ku ucap untukMu adalah doa
Bahawa aku ingin selamanya dengan Mu

Kerana cinta menurutku tak berwarna, ia menjadi jingga sebagaimana Kau memaknainya ia pun menjadi kuning, biru, dan merah sebagaimana Kau menginginkannya.
Kerana cinta bagiku tak ubahnya kumpulan narasi tentang kejujuran dan keberanian, tentang kemarahan, kesakitan dan kasih sayang.
Kerana cinta adalah lukisan yang unik dan tidak terkata sebab ia menenggelamkan kita pada angan-angan
dan pada mimpi yang indah dan abadi.
dan cintaku padamu adalah syurga yang tak bisa ku masuki jika tanpaMu

Ajarlah aku untuk mengucap jujur dalam cinta dan tarbiyyahlah jiwaku untuk terus jujur dalam perhubungan kita.

Akulah hambaMu......yang sedang gersang kejujuran dalam bercinta




READ MORE

APAKAH BENTUK MENGUMPAT YANG DIBENARKAN?


Jika kita lihat isu semasa tanah air kita di dada akhbar, televisyen, dalam ceramah agama mahu pun khutbah jumaat terlalu banyak limpahan isu yang berbaur fitnah, bersifat menyerang peribadi, saman menyaman, tuduh menuduh dan acara hentam menghentam. Soalnya, kita sebagai permerhati bagaimana kita menilai isu yang berbangkit dengan berlandaskan Al-quran dan sunnah? Bagaimana kita melihat isu politik dalam perspektif islam?

Soal memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi penulisan ilmiah di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, kita juga perlu peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan! Malah keamanan tidak sesekali berkompromi dengan kebatilan. Yup! Islam itu agama kedamaian dan kesatuan, tetapi bukan atas nama kesatuan itu, perkara batil kita diamkan! - Ust Hasrizal

Mungkin permulaan sudah cukup untuk difahami, namun untuk olahan lebih lanjut secara ringkasnya akan membincangkan isu :

1. Mengumpat yang dibenarkan dalam islam
2. Cara menilai umpatan yang sahih (benar) dan bukan khabar angin
3. Pandangan penulis menjawab dilema si pemerhati



MENGUMPAT (GHIBAH) YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

Apakah hukum mengumpat?

Hukum asal (mengumpat) memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Namun dikecualikan bagi 6  situasi berikut mengikut yang dijelaskan oleh para ulamak (antara Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim dan Riyadhus-Salihin) :

A) Apabila diri dizalimi. Harus orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, qadhi atau pihak berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang yang menzaliminya.

B) Memohon bantuan untuk mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran. Seperti seorang melaporkan kapada pihak yang berkuasa mengubah kemungkaran; "Si Fulan telah melakukan perbuatan sekian sekian, tegahlah ia".

C) Bertujuan mendapatkan fatwa (pandangan agama). Seperti Hindun yang mengadu kepada Nabi sikap kedekut suaminya. Ia berkata kepada Nabi; "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wangnya tanpa diketahuinya?".

D) Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga dari suatu kejahatan. Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.

E) Seorang yang berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti berterang-terang minum arak, berterang-terang menganut fahaman sesat atau seumpamanya. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan maksiat yang dilakukannya secara terang itu. Adapun maksiat yang dilakukannya secara tersembunyi, tidak harus disebut kecuali ada suatu sebab yang lain.

G) Untuk memperkenalkan seseorang. Harus menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat orang lain.




MENGUMPAT DALAM CERAMAH?

Secara praktikalnya, apa yang ingin ditekankan dalam kita menghadam setiap ucapan, isu dan kenyataan baik dari segi peribadi, parti politik atau sesuatu badan persatuan, adalah kenapa isu ini timbul?

Apa yang boleh saya berikan pandangan :

1. Supaya masyarakat tahu dan ambil tahu tentang situasi yang sedang berlaku di sekeliling mereka.

2. Supaya mereka tidak dizalimi dan tertipu oleh pemimpin dan golongan tersebut.

3. Jika ada gelaran buruk yang sering terbit dari bibir penceramah dalam ucapannya, dari sudut positif, mungkin sebagai perumpamaan, analogi atau bahasa yang paling mudah untuk difahami dalam melabelkan individu tersebut. Dari sudut negatif, perlu ditegur dan diperbaiki.

Mungkin niat penceramah, dan isi kandungan ceramahnya bersifat baik dan mulia, namun bila diselangselikan dengan gelaran tidak baik atau isu kontroversi yang belum sahih kebenarannya, ia perlu diselidiki dan ditegur secara berhemah agar tiada salah faham.

4.  Supaya masyarakat dapat menilai dan mengangkat pemimpin yang benar-benar bertaqwa, ikhlas dan BERSIH dalam memperjuangkan islam tanpa kompromi rasuah, kronisme, penyalahgunaan kuasa dan maksiat




CARA MENILAI UMPATAN YANG BENAR

A) Memerhati niat dalam hatinya. Apakah ia benar-benar terpaksa memperkatakannya atau hanya lahir dari keinginan nafsunya sahaja.

Jika hati benar-benar berkata; "Aku wajib mendedahkannya demi agama dan ummah", maka bertawakkallah kepada Allah dan teruskanlah apa yang diyakini. Namun jika hati berkata; "Ini hanya keinginan nafsu sahaja", batalkanlah niat untuk berkata tentang orang lain itu, kerana padah yang bakal kita terima tidak padan dengan sedikit kepuasan yang kita dapat.

B) Hendaklah mengukur natijah darinya. Adakah dengan memperkatakannya akan membawa kesan lebih baik atau dengan senyap sahaja dan mencari pendekatan lain yang lebih baik untuk membetulkan orang terbabit.

C) Setiap yang dilakukan kerana darurat (kerana hukum asalnya adalah haram) tidak harus berlebihan, yakni dilakukan sekadar perlu sahaja.

D) Maksiat yang dilakukan berkait dengan orang lain. Yakni pendedahan terpaksa dilakukan untuk mengelak orang lain turut terlibat atau terzalimi jika mereka tidak mengetahuinya. Adapun maksiat yang bersifat peribadi tidak harus didedahkan kerana ia adalah dosa antara pelakunya dengan Allah. Sesuatu yang ditutup Allah, tidak berhak kita membukanya kerana nanti keaiban kita pula akan dibuka Allah.




SATU PANDANGAN YANG KERDIL

Tak salah sebenarnya dalam mengikuti dan mendengar ceramah politik asalkan kita bijak menilai dan tidak cepat melatah. Pendek kata, harus perlu berdisplin dalam menuntut ilmu. Ceramah politik adalah salah satu pentas alterbatif untuk kita dapatkan pendedahan isu atau maklumat yang sebenar. Mungkin ada kelemahan dari segi teknikal tetapi harus diingat setiap ciptaan pasti ada kelemahan dan kitalah generasi yang perlu men-TRANSFORMASI-kannya ke arah keredhaan Ilahi.

Jangan disebabkan kelemahan ini, ia menjadi alasan dan penyebab untuk berseteru dan membelakangkan para ulamak dan golongan alim. Selagi mana ilmu mereka diiktiraf halal di sisi Islam dengan penilaian dari sudut kaca mata Al-quran dan bukannya mereka yang bernafsukan kuasa dan material, maka sewajarnya kita mengangkat, menghormati! serta meraikan kepelbagaian pendapat dan kuasa pemikir mereka. 

Kita sedar dan insaf bahawa zaman penuh fitnah ini sangat mudah untuk bergelumang dengan najis tipu daya syaitan jika mengabaikan lunas-lunas syariat. Itu adalah suatu kemestian sebagai manusia yang lemah. Andai kata kita ternampak kepelikan yang luar biasa daripada kebiasaan orang beragama, maka jalankanlah tanggungjawab kita.


Mungkin, sampai di sini sahaja coretan yang boleh dibangkitkan dalam keterbatasan waktu. InsyaAllah akan bersambung. Maaf sangat atas pendapat yang tipis.

Nota : untuk penjelasan lebih lanjut dan lebih hebat, telah diwartakan di sini (klik). Selamat membaca!

READ MORE

SEMARAK DAKWAH MELALUI FB


"Assalamualaikum. Nama saya Nurul Ain Kamil. Asal dari Melaka dan sekarang belajar di UKM. Kawan-kawan boleh add facebook saya Ain Kamil," Ain memperkenalkan dirinya di suatu program anjuran kerajaan Selangor.

"Nanti lepas program ni, upload gambo kita banyak-banyak kat FB taw. Jangan lupa tag gambo cun aku..hehe.." pinta seorang gadis kepada rakannya.

"Pengumuman, diminta semua pelajar add FB Fakulti Perubatan. Segala makluman, program mahupun pertanyaan akan di'upload'kan di FB berkenaan," arah ketua kelas kepada kawan-kawannya.


Begitulah fenomena Facebook (FB) dalam dunia canggih IT. Sesiapa yang tiada akaun FB diibaratkan ketinggalan zaman dan anti-sosial. Mungkin bagi sesetengah orang FB lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Terpulang pada inidvidu tersebut bagaimana dia menafsirkan, setiap orang ada pandangan tersendiri.

Bagi dai'e FB terlalu banyak manfaat yang luarbiasa. Segala ruang dan peluang "networking" berdakwah perlu digarap dan dioptimakan penggunaannya. Hatta ada segelintir dai'e sendiri mempertikaikan "friend list" yang terdiri daripada pelbagai golongan lapisan masyarakat baik dari segi gender mahupun penutupan aurat, namun jangan pernah lupa dakwah tidak mengenal rupa dan siapa.



FB : KESERIUSAN BEDAKWAH

“Betulkah dia gunakan FB untuk dakwah? Aku tengok banyak cerita pasal peribadi je. Nak menangis pun tulis kat FB, ape cerita?”

"Banyak betul ustaz ni upload gambar dia kat FB. Gambar tengah makan pun nak upload juga ke?"

Adakah kalau kita ingin berdakwah kepada seseorang, kita pergi kepadanya dan kata, “Aku nak berdakwah kat kau"

Anda rasa bagaimana?

Dakwah memerlukan strategi dan daya kreatif. Tak salah dai'e ingin meluahkan perasaan, mungkin FB tempat berkongsi masalah atau salah satu cara menghilangkan stress. Malah kadangkala lebih baik dan tampak lebih bersahaja kerana turut diselitkan dengan mesej dakwah secara halus!

Itu yang kita mahu!

Contoh :

"Akhirnya selesai juga memotong ayam dan sayur untuk bersahur nanti. Nak masak tomyam kaw-kaw punya. Siapa nak sila angkat tangan. Hehe.. Sahur mesti MERIAH sikit dari berbuka, baru lebih BERSEMANGAT berpuasa."

Tidak sampai 5 minit, percayalah banyak respon yang akan anda terima, mungkin juga lebih kepada santai dan agak "main-main". Itu tidak mengapa sebenarnya, tetapi bagaimana cara si dai'e bermain dengan menjawab segala komen ke arah islamik dak tidak lagha (tidak berfaedah).

Itulah kuncinya!

Dai'e perlu berani mencipta "game" dan kreatif mengendalikan game tersebut supaya mudah masuk dan efektif dengan jiwa remaja atau pun golongan mad'u target. Jika mad'u menyentuh soal peribadi, jangan sekali cepat melatah. Dai'e hanya perlu menjawab secara bersahaja dan "friendly" agar mad'u tersebut tidak lari dan membantutkan ukhwah yang terjalin.




FB : PEMIKIR STRATEGI DAKWAH


Jika ada "approve" daripada orang yang tidak dikenali, usah mensia-siakannya. Ambil peluang dan luaslebarkanlah rangkaian mad'u anda.


Jika ada status lagha. usah mensia-siakannya. Balaslah dengan mesej dakwah yang berseni dan halus.


Jika ada komen menghentam, usah mensia-siakannya. Responlah dengan nada berhemah dengan cerminan jiwa seorang murobbi yang ikhlas dalam perjuangan.


Jika ada mad'u liar, nakal dan suka membuat onar dalam dunia per-FB-an, usah mensia-siakannya. "Add"lah mad'u tersebut dan berukhwahlah dengan ukhwahfillah yang dapat membentuk diri ke arah kebaikan.


Perlu ada langkah demi langkah. Perlu ada sesi (taaruf) berkenal-kenalan, kemudian dirapatkan lagi dengan perkongsian pendapat dan pandangan. Setiap usaha bermula dengan tautan hati yang dinamakan atas keredhaan Allah barulah hubungan tersebut sentiasa segar dan tidak dilaputi dengan nafsu. Kalau dalam dunia realiti, salah satu cara untuk mudah mesra adalah melalui permainan, makan-makan dan sebagainya

Biarlah kita berdakwah sampai orang itu tidak tahu pun yang kita ingin berdakwah kepadanya.

"Silent dakwah" mungkin lebih berkesan? Anda setuju?



DAKWAH FB : KERING IDEA

"Saya tak pandai berdakwah. Saya tak alim, bukan budak sekolah agama. Saya malu nanti orang cakap saja tunjuk alim"

"Saya tak reti bab-bab menulis blog atau menulis post islamik kat FB. Saya malas nak membaca buku-buku agama yang tebal dan tak reti nak explain kalau orang tanya pasal agama"

Dan bermacam-macam lagi alasan yang boleh disenaraikan untuk tidak berdakwah.

Cuma satu, anda mahu?

Di mana sahaja ada kemahuan di situ ada semangat!

Jika anda mahu makan, otak anda akan membayangkan bermacam makanan yang sedap-sedap dan menggiurkan selera anda.


Sama juga, jika anda mahu berdakwah, automatik otak anda akan berimaginasi segala macam cara yang boleh digunakan. 

Termasuklah setakat tekan klik "share", "like", "tag" dan sebagainya.

Rebutlah peluang ini dengan menjadi ahli komuniti dai'e FB!

Contohilah batang tubuh insan yang paling kreatif dalam berdakwah ini, iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri. Mafhum firman Allah dalam surah Yusuf yang bermaksud :

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain".


READ MORE

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK



"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?", usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil phewit phewit aweks lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.

"Ha! Artis Korea ni cuet sangat-sangat! Very love it! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa?  Sume baju dia pakai sume nampak cantik. Ishhhh...jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.



KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?

Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?

Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.

Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.

Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang mentafsirnya. Lebih tepat pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksprimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.

Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.

Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.

Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?

Bukankah Allah itu maha adil? Bukankah Allah itu maha mengetahui? Bukankah Allah itu maha bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?



SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..



ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI

Kecantikan terdiri dari 2 macam, Iaitu kecantikan lahir dan kecantikan batin.

Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana esensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadits:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian.” (HR. Muslim).

Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.

Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.

Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain. 

Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik bukan?

Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.

Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala “bersederhana dalam berfesyen”. Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.

Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau ‘setrendy’ mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

READ MORE

THE MOST POPULAR POST